web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Trak Vaksin Bergerak Bagi Mengekang Penularan COVID-19.

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2021 5:05PM

Projek Rintis Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah dilaksanakan bagi mempercepatkan kadar suntikan vaksin dalam sehari di Wilayah Persekutuan. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 1,000 penduduk projek perumahan rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, di sini hari ini menerima vaksin menerusi Projek Rintis Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah, yang dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di kalangan komuniti yang berkepadatan tinggi.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata program itu memberikan keutamaan kepada golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) dengan dibantu jawatankuasa penduduk dan kemudiannya diselaraskan dalam aplikasi MySejahtera. 

Annuar beramah mesra dengan sebahagian penduduk PPR di Kampung Muhibbah yang mendapatkan suntikan vaksin.
Annuar beramah mesra dengan sebahagian penduduk PPR di Kampung Muhibbah yang mendapatkan suntikan vaksin.

Pihaknya menjangkakan selepas mendapat kelulusan, operasi trak bergerak pada 15 Jun ini adalah 10 buah dan Julai pula sebanyak 39 trak akan digerakkan secara serentak. 

''Di bawah sistem ini, kapasiti untuk membantu mempercepatkan sehingga 15,000 hingga 20,000 suntikan sehari di Wilayah Persekutuan.

"Ini adalah langkah proaktif untuk merancakkan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sekali gus membolehkan warga Wilayah Persekutuan mendapatkan vaksin dengan cepat.

''Projek rintis itu bertujuan menguji dahulu serta melihat sejauh mana kapasiti yang dapat dilaksanakan kelak," katanya kepada pemberita selepas meninjau projek rintis itu hari ini. 

Suntikan vaksin diberikan kepada penduduk di PPR Kampung Muhibbah menerusi Projek Rintis Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah.
Suntikan vaksin diberikan kepada penduduk di PPR Kampung Muhibbah menerusi Projek Rintis Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah.

Inisiatif Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah yang akan dilaksanakan Kementerian Wilayah Persekutuan bermula 15 Jun ini berupaya memberi suntikan vaksin COVID-19 antara 15,000 hingga 20,000 dos sehari kepada warga Wilayah Persekutuan.

Ia antara empat langkah yang sedang dan akan dilaksanakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi memastikan Wilayah Persekutuan mencapai imuniti kelompok lebih awal, iaitu menjelang akhir Ogos atau awal September ini. - Getaran, 7 Jun 2021

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad