web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Luang Masa Ziarah Jenazah Ibu Fadhlina

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2024 5:31PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa lebih sejam bagi menziarahi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang kehilangan ibu beliau Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor, yang meninggal dunia pagi tadi.

Anwar yang tiba di Surau Al-Mujahidin, Desa Surada, Bangi pada jam 12.55 tengah hari ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perdana Menteri kemudian menyertal kira-kira 1,000 jemaah menunalkan solat jenazah yang diimamkan anak kelima Allahyarhamah iaitu Hazim Faizi Siddiq.

Turut hadir menunaikan solat jenazah ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Pejabat Menteri Pendidikan menerusi hantaran di laman Facebook Fadhlina mengesahkan bahawa Siti Zalikhah, 75, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 9.30 pagi tadi.

Sementara itu, Perdana Menteri menerusi hantaran di laman Facebook mengucapkan takziah kepada Fadhlina dan keluarga atas pemergian ibunya.

"Ternyata pemergian ini cukup mengesankan tatkala keluarga kami punyai hubungan yang cukup akrab," katanya.

Anwar turut mendoakan roh Allahyarhamah Siti Zalikhah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran