web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ops Kesan 2.0: 31 Syarikat Di Perak Terima Notis Bertulis 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2024 8:56PM

KPDN Perak melakukan pemantauan Ops Kesan 2.0 di Pasar Tani Stadium Perak hari ini. – Gambar KPDN Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak mengeluarkan 31 Notis Bertulis (NB) kepada syarikat pengangkutan, makanan dan bahan binaan melalui Op Kesan 2.0 dalam tempoh seminggu.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamaluddin Ismail berkata, kesemua notis tersebut dikeluarkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 (Akta 723).

Menurutnya, kesemua 31 notis itu dikeluarkan kepada 23 syarikat pengangkutan, dua syarikat dalam sektor pembinaan manakala enam syarikat bidang makanan dan minuman di seluruh Perak.

"Daripada 31 syarikat ini kita ada menerima tiga aduan daripada orang ramai dan kesemua syarikat yang dikenal pasti ini telah diminta untuk memberikan penjelasan berkaitan kewajaran tindakan syarikat terbabit untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan.

"Tiga syarikat daripada aduan orang ramai ini melibatkan dua syarikat sektor makanan dan minuman masing-masing di Teluk Intan dan Ipoh manakala satu syarikat bagi sektor pengangkutan di Taiping," katanya dalam sidang media selepas pemeriksaan Ops Kesan 2.0 Perak di Pasar Tani Stadium Perak hari ini.

Kamalludin berkata notis itu dikeluarkan bagi memastikan peningkatan harga dan caj yang berlaku mematuhi Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"KPDN Perak dengan kekuatan 164 pegawai dan anggota penguatkuasa KPDN termasuk 74 pegawai pemantau harga akan terus melaksanakan pemantauan OP Kesan 2.0 supaya tidak berlaku elemen pencatutan terhadap harga barangan dan perkhidmatan ekoran penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan.

"Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang aktiviti pencatutan pasca pelaksanaan penyasaran subsidi diesel. Mana-mana pihak yang didapati mengambil kesempatan dengan melakukan manipulasi harga dan caj perkhidmatan akan dikenakan tindakan yang tegas," katanya.

Katanya, jika didapati bersalah mereka boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 bagi perbadanan/syarikat manakala denda sehingga RM100,000 bagi individu selain dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

RM6.2 Juta Rampasan Op Tiris Sepanjang 2023 Di Perak

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Lagi Insiden Siakap ‘Kayangan’, Wanita Rasa Teraniaya

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Ops Menu Cegah Pengusaha Restoran, Kedai Makan Naik Harga Sesuka Hati

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad