web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bukit Aman Siasat Dakwaan Fakta Kes Zayyan Rayyan Bocor Bawah OSA 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2024 4:43PM

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman sedang menyiasat dakwaan kononnya fakta siasatan berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin bocor di media sosial.

Kertas siasatan dibuka selepas polis menerima dua laporan dengan satu daripadanya dibuat oleh ahli keluarga Zayn Rayyan dan satu lagi oleh pegawai penyiasat kes, lapor New Straits Times.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dipetik sebagai berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, peguam keluarga Zayn Rayyan, Fahmi Abd Moin mengesahkan pihak keluarga kanak-kanak itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Baru Subang pada jam 6.40 petang semalam.

Peguam keluarga Zayn Rayyan, Fahmi Abd Moin. – Gambar fail
Peguam keluarga Zayn Rayyan, Fahmi Abd Moin. – Gambar fail

Laporan tersebut berhubung penyebaran beberapa dokumen di Telegram ‘Edisi Siasat’ tidak sampai 24 jam selepas ibu bapa Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, Bukit Aman akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk siasatan penyebaran maklumat berkaitan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin di media sosial.

Beliau berkata, polis akan menghubungi MCMC untuk menyekat penyebaran maklumat yang boleh mengganggu perjalanan perbicaraan kes Zayn Rayyan.

Khamis lalu, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Pasangan berusia 29 tahun itu ditahan pada 31 Mei lalu di Puncak Alam, Selangor dan ditahan reman selama 13 hari.

Sementara itu, Hussein dipetik NST sebagai berkata, orang ramai diminta tidak berkongsi sebarang kandungan yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.  

Beliau berkata, perbuatan seumpama ini bukan saja mengganggu siasatan tetapi juga proses pendakwaan di mahkamah. – The Vibes, 15 Jun, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Kes Bunuh Farah Kartini Siap Sebelum Jumaat – KP Selangor

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Jumpa Beg Tangan Wanita Dipercayai Milik Nur Farah Kartini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Foto Kecederaan Zayn Rayyan Tular Di Telegram

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar