web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jenazah Pendaki Gunung Denali Tiba Di Tanah Air

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2024 12:59PM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Jenazah pendaki Malaysia Allahyarham Zulkifli Yusuf, 37, yang meninggal dunia semasa menyertai ekspedisi pendakian di Gunung Denali, Alaska, Amerika utara, selamat tiba di tanah air pagi ini.

Pesawat kargo Korean Airlines (KE373) yang membawa jenazah Allahyarham, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, pada jam 8.42 pagi.

Jenazah Allahyarham diterbangkan pulang ke tanah air, 7.15 pagi Rabu (waktu tempatan), dengan penerbangan transit di Los Angeles dan Incheon, Korea Selatan.

Van jenazah dilihat memasuki perkarangan Kompleks Kargo Udara Bayan Lepas pada 8.37 pagi dan keluar meninggalkan kompleks kargo pada 10 pagi, untuk dibawa ke kampung halamannya di Taiping, Perak bagi urusan pengebumian.

Turut mengiringi perjalanan terakhir Zulkifli ialah bapanya Yusuf Abdullah, adik, saudara mara dan rakan, serta wakil Kelab Jelajah Alpine Malaysia (ACM).

Jenazah anak sulung dari lima beradik itu, dibawa ke rumah keluarga di Kampung Temerlok terlebih dahulu sebelum disembahyangkan di Masjid Al Mahmudiah Kampung Temerlok, Trong dan dijangka dikebumikan selepas solat Zohor.

ACM sebelum ini memaklumkan proses membawa pulang jenazah dilakukan dengan kerjasama pihak syarikat insurans, ejen pengurusan jenazah, pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) dan wakil Kelab Jelajah Alpine.

Pada 1 Jun, ACM memaklumkan seorang daripada tiga pendaki rakyat Malaysia yang terkandas pada ketinggian 19,700 kaki di Gunung Denali di Alaska, AS, sejak 28 Mei ketika membuat pendakian di gunung tertinggi di Amerika Utara itu, dilaporkan meninggal dunia.

Kelab berkenaan memaklumkan Zulkifli meninggal dunia pada 6 pagi, 29 Mei (waktu tempatan), semasa berlindung di gua salji yang dikenali sebagai Football field. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Gunung Denali: Pendaki Malaysia Bertuah Terselamat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Misi Gunung Denali: Seorang Pendaki Disahkan Maut

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar