web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Didakwa Abai Anak, Ibu Bapa Zayn Rayyan Mengaku Tidak Bersalah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2024 10:58AM

Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin diiringi polis selepas prosiding kes di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini. – Gambar Najjua Zulkefli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang mati dibunuh tahun lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak tersebut.

Kedua-dua tertuduh, Zaim Ikhwan Zahari serta Ismanira Abdul Manaf membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh dan mohon dibicarakan.

Sinar Harian melaporkan, suami isteri berusia 29 tahun itu didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sekitar jalan PJU Damansara Damai, Petaling Jaya pada jam 12 tengah hari, 5 Disember hingga jam 9.55 malam, 6 Disember lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron manakala peguam Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat bertindak sebagai pembela.

Misi mencari Zayn Rayyan tamat selepas mayatnya ditemui di anak sungai, berhampiran Kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam, 6 Disember tahun lalu.

Anak malang itu terlebih dahulu dilaporkan hilang oleh ibunya yang berkongsi perkara itu di Facebook.

Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa adalah akibat dibunuh, berdasarkan penemuan beberapa kesan kecederaan yang sinonim dengan perbuatan jenayah.

Kes berkenaan selepas itu sepi seketika, sebelum ia kembali hangat susulan penahanan Zaim Ikhwan dan Ismanira di Puncak Alam, 31 Mei lalu.

Pasangan terbabit yang ditahan di kediaman keluarga kemudiannya direman selama 13 hari yang berakhir hari ini. - Getaran, 13 Jun 2024
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Peguam Sahkan Tidak lagi Wakili Ibu Bapa Zayn Rayyan, Keluarga Lantik Peguam Baharu 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar