web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Keracunan Makanan: Polis Akan Panggil Pengusaha Katering, Penganjur

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2024 9:09PM

Hussein Omar Khan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis akan memanggil pihak berkaitan termasuk pengusaha katering dan penganjur program di sebuah sekolah agama di Gombak berhubung dua kes kematian akibat keracunan makanan, dalam masa terdekat.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata turut akan dipanggil ialah guru di sekolah berkendan bagi membantu siasatan kes terbabit.

Beliau berkata pihaknya juga masih menunggu laporan makmal berkaitan jenis keracunan makanan dengan kes itu ketika ini disiasat sebagai mati mengejut.

"Setakat ini, saya tidak ada jumlah berapa ramai yang akan dipanggil untuk memberi keterangan kerana siasatan masih awal. Cuma yang boleh disahkan mereka ini makan makanan yang asanya sama dari tempat majlis itu," katanya pada sidang media di lbu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Hussein memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) telah menutup kantin di sekolah itu dan setakat ini, sebanyak dua laporan telah dibuat berhubung kes berkenaan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir hari ini mengesahkan menerima dua laporan kes kematian melibatkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun, disyaki akibat keracunan makanan yang diambil dari sebuah sekolah agama di Gombak.

Noor Ariffin berkata remaja itu telah menjamah makanan yang dibawa balik ibunya dan pada 1.30 tengah hari semalam mangsa tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, mangsa kedua pula memakan makanan yang dibawa oleh bapanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sekolah terbabit pada Sabtu dan didapati demam, muntah-muntah serta cirit-birit kira-kira 10.45 pagi semalam sebelum meninggal dunia.

Mengulas berhubung kes seorang wanita warga tempatan maut dipercayai dibunuh suami sendiri di Klang pada 7 Jun lepas, Hussein berkata pihaknya kini dalam proses untuk melengkapkan kertas siasatan bagi sebarang pertuduhan.

"Kita telah ambil keterangan suspek dan keluarga mereka. Suspek berumur 31 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori serta mempunyai satu rekod lampau sebelum ini," katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita warga tempatan maut dipercayai dibunuh suami sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Klang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata mangsa berusia 28 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil dengan kesan kelar di leher dan tangan kanan. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 24 minit yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad