web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketua Jabatan Tak Naik Pangkat Jika Gagal Lapor Rasuah - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2024 12:30PM

Anwar Ibrahim menghadiri perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Ketua jabatan atau unit kerajaan yang gagal melaporkan kes rasuah dalam jabatan mereka tidak akan dinaikkan pangkat.

Memberikan amaran itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah mustahil bagi ketua jabatan atau unit untuk tidak menyedari sebarang kes salah laku dalam pentadbiran masing-masing.

“Saya akan mencadangkan kepada Ketua Setiausaha Negara semasa mesyuarat dalam tempoh satu atau dua hari akan datang keputusan berkaitan pelarasan gaji penjawat awam.

“Kami akan menetapkan peraturan yang menghalang ketua jabatan atau unit kerajaan daripada dinaikkan pangkat jika mereka gagal melaporkan atau menangani rasuah dalam sistem mereka,” katanya.

Bercakap semasa perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, Anwar berkata walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa lain menjalankan tugas mereka dengan baik, ketua jabatan dan unit kerajaan juga perlu memainkan peranan masing-masing.

Beliau juga menyatakan kebimbangan mengenai kekurangan laporan, meskipun terdapat amalan buruk yang berleluasa.

“Kita tidak boleh hanya bergantung kepada menteri atau timbalan untuk mengawasi setiap aspek. Ketua jabatan mesti mengambil tindakan. Jika tanggungjawab terlalu besar kerana amalan buruk yang berakar umbi, letak jawatan adalah pilihan yang wajar.

“Kalau nampak terang salah laku, kenapa ketua jabatan tidak lapor, kenapa ketua unit tidak tahu, saya kadang-kadang fikir kerana amalan ini sudah berlaku bertahun-tahun, mustahil tidak tahu,” tegasnya.

Beliau berkata, walaupun terdapat beberapa penambahbaikan dalam laporan Ketua Audit Negara berbanding tahun-tahun sebelumnya, masih banyak perlu dilakukan untuk memperbaiki keadaan, bagi menjadikan Malaysia negara yang bersih dan bebas rasuah. – Getaran, 10 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Pegawai Imigresen, Ejen Pekerja Asing Terlibat Rasuah Program PRM Direman

2

Semasa 1 tahun yang lalu

2 Profesor Termasuk Presiden MPN Didakwa Pecah Amanah RM271,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Mahu Polis Bertindak Tegas Terhadap Pesalah Rasuah

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar