web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keterangan Tidak Konsisten Antara Faktor Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Disambung

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2024 1:59PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Keterangan tidak konsisten antara faktor tempoh reman ibu bapa kanak-kanak autisme yang ditemukan meninggal dunia pada Disember tahun lepas, Zayn Rayyan Abdul Matiin, disambung.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, selain memperincikan siasatan, pihaknya juga akan menggunakan tempoh itu untuk memuktamadkan segala isu berkaitan kes termasuk bukti fizikal dan lokasi kejadian.

"Terdapat perkara yang tidak konsisten yang perlu diselesaikan. Sebab itu kita perlukan enam hari lagi untuk siasatan lanjut dan menyelesaikan sebarang percanggahan sehingga kita berpuas hati dengan hasilnya.

"Tidak konsisten daripada kedua ibu bapanya dan saksi-saksi lain...yang ini, tidak boleh diperincikan sebab dalam siasatan," katanya kepada media selepas merasmikan Taman Angkat Aman Wanita (AMANITA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor 2024 di Taman Rakan di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan menggunakan tempoh enam hari it untuk meneruskan siasatan sebelum merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.

"Mungkin ada lagi tindakan yang melibatkan orang lain ataupun perkara lain yang tidak melibatkan ibu bapa ini," katanya.

Semalam, Mankamah Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan sambung reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan sehingga Rabu depan (12 Jun) bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu.

Tempoh reman selama tujuh hari terhadap pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu sebelum ini, tamat semalam.

Pasangan suami isteri berkendan ditahan pada 10.05 pagi 31 Mei lepas di Puncak Alam, Selangor bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 6 Disember lepas, mayat Zayn Rayyan, 6, ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman Damansara Damai, Petaling Jaya dekat sini, sehari selepas polis menerima laporan kehilangannya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan badannya. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad