web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Karya Pyan Habib Sentiasa Dikenang, Seniman Disegani Ramai

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2024 8:02AM

Perdana Menteri (tengah) beramah mesra dengan Allahyarham Pyan Habib pada satu pertemuan di ibu kota - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Karya Allahyarham Pyan Habib Rahman akan sentiasa dikenang sebagai wadah yang membawa suara dan denyut nadi rakyat.

Berkongsi rasa duka atas pemergian seniman itu ke rahmatullah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengorbanan serta perjuangan Allahyarham akan tersemat utuh buat selamanya.

“Terima khabar duka penyair dan seniman Pyan Habib atau Osman Tikus telah kembali ke rahmatullah.

“Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan ruh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Berkongsi rasa yang sama, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, bacaan sajak Allahyarham sering dinantikan di awal perjalanan beliau sebagai seorang penggiat seni.

“Allahyarham seorang penyajak, penulis, pelakon, dan seniman yang amat disayangi dan disegani.

“Kali terakhir kami bekerjasama ialah ketika melakukan ‘cameo’ dalam video Malaysia MADANI, nyanyian Bunkface tahun lalu,” katanya.

Allahyarham Pyah Habib meningg dunia pada usia 66 tahun, seminggu selepas meraikan ulang tahun kelahirannya - Gambar Facebook
Allahyarham Pyah Habib meningg dunia pada usia 66 tahun, seminggu selepas meraikan ulang tahun kelahirannya - Gambar Facebook

Beliau berkata, pemergian Allahyarham pastinya akan akan diratapi barisan seniman tanah air.

“Tenanglah dikau di negeri abadi.

“Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham. Al-Fatihah,” katanya.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim menerusi ciapan di X pula memberitahu, pesanan Allahyarham sewaktu beliau mula bergiat dalam politik sentiasa kekal dalam ingatan.

“Selamat jalan Brader-ku Pyanhabib. Terima kasih atas budi persaudaraan Brader kepada saya.

“Saya akan ingat pesan Brader selama-lamanya - jadi YB jangan hanya pintar teori, sondol sana sondol sini. Saya akan ingat perjuangan Brader. Brader, kita mesti terus hidup! Rest in power Brader,” katanya.

Pyan Habib atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman menghembuskan nafas terakhir paxa jam 9.30 malam tadi di kediamannya di AU4, Lembah Keramat di sini..

Steven Sim ketika bertemu Pyan Habib di pejabatnya - Gambar X
Steven Sim ketika bertemu Pyan Habib di pejabatnya - Gambar X

Allahyarham yang berusia 66 tahun baru sahaja meraikan ulang tahun kelahirannya sekitar seminggu lalu.

Antara yang terawal hadir menziarahi jenazah Allahyarham ialah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi; Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman; dan aktor Sabri Yunus serta isterinya, Angeline Tan.

Difahamkan, pengurusan jenazah akan dimulakan sekitar jam 9 pagi nanti di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat. - Getaran, 5 Jun 2024
 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad