web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bayi Cedera Muka Disyaki Didera Pengasuh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2024 8:58AM

Mohd Zaid Hassan - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bayi perempuan berusia 17 bulan cedera di bahagian muka dipercayai akibat didera pengasuh di sebuah pusat asuhan di Bandar Mankota Cheras, Kajang pada sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata pihak polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada ayah bayi itu yang berusia 26 tahun, pada 7.36 malam.

Beliau berkata pengadu yang bekerja sebagai pemandu e-hailing memaklumkan, semasa hendak mengambil anaknya di pusat asuhan itu, seorang guru atau pengasuh mendakwa anaknya telah diperlakukan dengan kasar oleh seorang guru lain ketika disuap makan sambil ditarik rambut serta dipicit hidungnya sehingga mengakibatkan hidung bayi itu mengalami kecederdan.

"Oleh sebab tidak berpuas hati dengan layanan dan perbuatan guru berkendan, pengadu telah memberhentikan anaknya daripada dihantar ke pusat asuhan itu.

"Hasil pemeriksaan dan rawatan yang dibuat terhadap anak pengadu (mangsa) di sebuah hospital, pegawai perubatan mengesahkan anak pengadu mengalami soft tissue injury. Sehubungan dengan itu, pengasuh terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan," katanya.

Beliau berkata hasil siasatan lanjut juga mendapati pusat asuhan berkenaan telah beroperasi hampir tiga bulan tetapi dipercayai mash belum mempunyai lesen pengoperasian yang sah.

Mohd Zaid berkata ketika ini, terdapat sembilan kanak-kanak di pusat asuhan itu dan tiga penjaga atau pengasuh merangkap guru di situ.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

"Siasatan lanjut masih dijalankan sebelum kertas siasatan dilengkapkan untuk dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan nasihat lanjut," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes

Inspektor Muaz Mazlan melalui talian 017-9788804 daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selangor. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar