web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seekor Lagi Beruang Matahari Ditangkap Di Tanah Merah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2024 8:14AM

Beruang matahari itu dikesan berkeliaran di kebun penduduk kampung - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANAH MERAH - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan berjaya menangkap seekor lagi beruang matahari di Kampung Air Asahan Hulu di sini semalam.

Pengarah PERHILITAN Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata, haiwan liar itu ditangkap oleh anggota PERHILITAN Jeli selepas menerima aduan pada 29 Mei lepas, susulan beruang berkenaan berkeliaran di kebun penduduk kampung terbabit.

"Selepas menerima aduan itu anggota kami terus ke lokasi dan memasang satu unit perangkap bagi menangkap haiwan liar berkenaan.

"Hari ini (semalam) beruang matahari itu memasuki perangkap dan berjaya ditangkap, seterusnya melegakan penduduk kampung selain dapat mengelak kerugian berterusan dialami mereka akibat kemusnahan hasil pertanian dan harta benda," katanya.

Menurut beliau, haiwan berkenaan ialah beruang kedua ditangkap di kampung sama, selepas pihanya berjaya menangkap seekor beruang matahari betina pada 28 Mei.

Mohamad Hafid berkata operasi pemindahan dan pelepasan semula beruang matahari itu ke habitat lebih sesuai dan selamat akan dilakukan dalam masa terdekat oleh kakitangan Pejabat PERHILITAN Daerah Jeli.

"Operasi tangkapan dan pemindahan beruang ini bukan penyelesaian jangka panjang berikutan kampung terbabit berhampiran dengan Hutan Simpan (HS) Air Satan yang merupakan habitat asal hidupan liar berkenaan," katanya.

Beliau berkata orang ramai diminta lebih berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar dan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh mendatangkan risiko keselamatan kepada diri sendiri.

Orang awam terutama pekebun katanya, perlu mengambil langkah-langkah mitigasi seperti sentiasa berteman semasa ke kebun, tidak memasuki kawasan kebun pada waktu malam dan perlu membersikan kebun dan tidak dibiarkan bersemak. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad