web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keluarga Muhammad Firdaus Terima Dengan Hati Terbuka Laporan Akhir Nahas Helikopter

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2024 4:33PM

Ramli Abd Hamid berkata mereka sekeluarga berpuas hati dengan laporan akhir bahas helikopter membabitkan anaknya. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Keluarga Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli yang terkorban dalam nahas membabitkan dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak April lepas menerima dengan hati terbuka laporan akhir siasatan yang dikeluarkan Khamis lepas.

Bapa Allahyarham, Ramli Abd Hamid, 68, berkata mereka sekeluarga berpuas hati dengan laporan akhir tersebut dan menerima segala ketentuan takdir yang ditetapkan oleh Allah kepada keluarganya dengan kematian Muhammad Firdaus atau lebih mesra dipanggil "Tuan Kecik".

"Kami sekeluarga telah dijemput oleh pihak TLDM untuk mendengar sendiri laporan akhir itu di Lumut pada Jumaat lalu dan saya mewakili keluarga reda serta berlapang dada (dengan laporan tersebut).

"Benda (nahas helikopter) dah berlaku, kita tak dapat pertikai pun dan Allah takdirkan yang baik untuk kita dan arwah anak saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Persiaran Pantai Jerejak, di sini hari ini.

Dalam tragedi 23 April lepas, 10 anggota dan pegawai TLDM terdiri daripada tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) serta tiga kru Fennec TLDM terkorban selepas helikopter dinaiki terbabit insiden semasa menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

Muhammad Firdaus, 44, yang terkorban dalam nahas itu meninggalkan seorang isteri dan seorang anak lelaki berusia empat tahun dan Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, di sini.

Ramli berkata hari ini genap 40 hari anak sulungnya dari tujuh beradik itu meninggal dunia dan beliau sekeluarga melaksanakan majlis tahlil di rumah untuk mendoakan kesejahteraan arwah anaknya itu.

Beliau berkata paling mengharukan ialah kubur anak sulungnya itu juga sentiasa dikunjungi orang ramai, malah bunga-bunga segar sentiasa berada di atas kubur arwah.

Sebagai seorang bapa, memang tidak dapat dinafikan perasaan sedih kerana kehilangan anak itu sentiasa ada, namun beliau tidak boleh terlalu bersedih di atas takdir Allah, tambah beliau.

Khamis lepas, Lembaga Siasatan mendapati faktor utama yang menyebabkan nahas membabitkan dua helikopter pada 23 April lepas adalah disebabkan helikopter Fennec terbabit tidak berada pada ketinggian serta haluan ditetapkan, dan memasuki laluan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139).

Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata faktor sekunder nahas itu pula adalah disebabkan channelized attention oleh kru helikopter HOM-AW139 yang tertumpu ke arah penukaran haluan sehingga menghadkan reaksi untuk mengelak pelanggaran daripada berlaku. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PAS Puji Tindakan Pantas Menteri Pertahanan Kendalikan Tragedi Helikopter TLDM

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad