web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Maut Berbalas Tembakan Dengan Polis 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2024 1:43PM

Hussein Omar Khan - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua lelaki maut selepas berbalas tembakan dengan polis di kilometer 396.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di hentian Tanjung Malim, Perak, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua mereka merupakan warga tempatan berumur awal 30-an, dan laporan mengenai kejadian itu diterima pada kira-kira pukul 11.32 malam tadi.

Beliau berkata kejadian berlaku semasa sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Bahagian JSJ lbu Pejabat Polis Kontinjen Perak mengekori kenderaan Proton Waja berwarna kelabu dinaiki dua suspek yang dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

"Suspek kemudiannya bertindak melarikan diri dengan masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan arah utara selepas menyedari diekori dan apabila sampai di lokasi kejadian, suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

"Polis telah membalas tembakan sehingga keadaan selamat. Pemeriksaan di dalam kenderaan itu mendapati kedua-dua mereka dalam keadaan berlumuran darah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai 23 rekod jenayah lampau dan enam kes dikehendaki polis manakala identiti seorang lagi suspek masih sedang dikenal pasti.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi lbu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223 bagi membantu siasatan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar