web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Bakal Lancar Kempen Keselamatan Dalam Talian Untuk Kanak-Kanak Dan Keluarga

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2024 4:53PM

Fahmi Fadzil menguji kemahiran bermain permainan video di reruai E-Sport pada Karnival Kita MADANI di Kerinchi, hari ini. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi akan melancarkan Kempen Keselamatan Dalam Talian untuk Kanak-kanak dan Keluarga dalam masa terdekat, bagi menangani isu keselamatan golongan berkenaan di alam siber, kata Menterinya Fahmi Fadzil.

Beliau berkata ia bagi membanteras jenayah pengantunan kanak-kanak menerusi media sosial dan menghentikan isu kanak-kanak di bawah 13 tahun yang mendaftar bagi penggunaan media sosial, walaupun platform tersebut tidak membenarkannya.

"Jadi di sini kita lihat ibu bapa, memang kita faham platform ini banyak mendatangkan manfaat tapi ada juga banyak kemudaratan.

"Harapan saya dengan kempen ini, kita akan dapat kumpulkan semua agensi termasuk PDRM, Bank Negara (Malaysia) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi memberi penegasan, apakah langkah yang perlu kita ambil untuk sentiasa menjamin keselamatan diri, anak dan keluarga kita," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kita MADANI peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini hari ini.

Fahmi berkata pihak Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak D11 Bukit Aman, turut memaklumkan platform yang paling banyak disalah guna untuk tujuan pengantunan kanak-kanak ialah aplikasi WhatsApp.

Ditanya mengenai isu bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) berikutan dakwaan bekalan BPT hanya didapati di program karnival jualan MADANI, Fahmi berkata kerajaan tidak mengawal bekalan itu, sebaliknya tiga langkah sekurang-kurangnya telah diambil untuk meningkatkan kuantiti bekalan BPT.

"Salah satunya adalah kerajaan telah mengubahsuai kontrak bagi agensi untuk membeli beras beras import. Ini memungkinkan lebih 20,000 tan beras tempatan untuk kembali ke pasaran tempatan.

"Simpanan rizab beras tempatan juga mula dicairkan dan dibawa keluar daripada simpanan. Proses itu mengambil masa," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan memanjangkan isu berkaitan BPT kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.

Mengulas mengenai penganjuran Karnival Kita MADANI, Fahmi berharap karnival yang bertujuan menyampaikan program kerajaan kepada rakyat, dapat diteruskan ke negeri-negeri lain dalam usaha mendekatkan jurang komunikasi.

Karnival Kita MADANI peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya disertai agensi di bawah Kementerian Komunikasi antaranya Jabatan Penerangan, Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Antara pengisian program karnival itu ialah Jualan Rahmah, Sukan Rakyat, Program Jualan Agro MADANI dan Larian MADANI. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad