web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


127,669 Orang Asli Dikenal Pasti Untuk Terima Suntikan Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2021 8:17AM

Salah seorang anak orang asli di Desa Temuan Bukit Lanjan, Selangor menjalani ujian COVID-19, baru-baru ini. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CAMERON HIGHLANDS - Seramai 127,669 individu masyarakat Orang Asli di seluruh negara dikenal pasti untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Beliau juga berkata setakat ini pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah menerima sebanyak 39,174 borang pendaftaran daripada masyarakat Orang Asli yang bersetuju untuk menerima suntikan vaksin.

Bagaimanapun beliau berkata kira-kira 25,215 individu Orang Asli telah dikenal pasti tidak bersetuju untuk menerima suntikan berkenaan.

"Ini kerana ada antara mereka yang terpengaruh dengan hasutan oleh golongan antivaksin, ada juga yang memberi alasan tertentu tidak mahu divaksin.

Walaupun ia bukan satu tugas yang mudah untuk meyakinkan mereka, JAKOA akan terus mengadakan sesi libat urus bagi meningkatkan pemahaman terhadap kepentingan dan manfaat apabila menerima vaksin memandangkan ramai yang menerima maklumat yang salah dan kurang jelas mengenai kebaikan vaksin COVID-19, " katanya.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan bakul makanan kepada 35 ketua isi rumah masyarakat Orang Asli di Perkampungan Orang Asli Tiat di sini semalam.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata seramai 62,269 ketua isi rumah masyarakat Orang Asli menerima bantuan bakul makanan kerana terjejas pendapatan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) 3.0 di seluruh negara sejak 12 Mei lepas.

Sejumlah RM12 juta diperuntukkan untuk bantuan bakul makanan itu merangkumi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung gandum, garam, gula, sardin serta kicap dan bantuan tersebut telah disalurkan secara berperingkat sejak semalam.

Kita menjangkakan 9 Jun ini akan selesai sepenuhnya penyerahan bantuan bakul makanan ini di seluruh perkampungan Orang Asli. Sekiranya PKP dilanjutkan lagi, kita akan menghulurkan bantuan yang sama kepada mereka," katanya. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad