web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: 23 Kes Varian Afrika Selatan Dikesan Di Kelantan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2021 8:10AM

23 kes COVID-19 yang direkodkan di Kelantan melibatkan penduduk tempatan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Sebanyak 23 kes COVID-19 membabitkan varian Afrika Selatan dikesan di Kelantan setakat ini, menurut Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Zaini Hussin.

Beliau berkata kesemua kes yang direkodkan itu membabitkan penduduk tempatan dan yang terbaharu melibatkan Kluster Padang Tembak serta Kampung Bunut Susu.

“Oleh itu, masyarakat diminta agar kekal patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) norma baharu dan kekal berada di rumah sekiranya tiada urusan penting dalam usaha melandaikan lengkung pandemik ini,” katanya.

Dr Zaini berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Dewan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di Tanjung Chat, di sini semalam.

 Kelantan merekodkan 270 kes COVID-19 baharu menjadikan jumlah kumulatif adalah 30,142 manakala kes yang masih aktif sebanyak 7,596.

Mengenai perkembangan PKRC di Kelantan, Dr Zaini berkata Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) berada dalam  keadaan siap siaga serta telah mengenal pasti beberapa lokasi baharu untuk dijadikan PKRC sekiranya kes COVID-19 mencatat lebih 600 kes sehari.

Menurut beliau antara lokasi yang dikenal pasti itu adalah Institut Belia Negara di Bachok yang boleh  memuatkan sehingga 400 orang.

“Setakat hari ini, trend kes harian di Kelantan menunjukkan penurunan, jika melihat kepada trend ini, PKRC yang sedia ada masih mampu bertahan untuk menampung jumlah pesakit. Namun, kita harap kes harian dapat diminimumkan sebanyak mungkin,” katanya sambil menambah bahawa 15 PKRC yang sedia ada ketika ini boleh menempatkan 1,800 pesakit.

Berhubung program khidmat masyarakat vaksinasi, Dr Zaini berkata JKNK akan memperluaskan program itu di setiap jajahan bagi memudahkan serta mempercepatkan suntikan vaksin COVID-19 kepada penduduk  dengan kerjasama daripada ketua jajahan serta agensi berkaitan.

“Kita telah merancang untuk membuka lebih banyak tempat ‘outreach’ (khidmat masyarakat)  termasuk di kampung-kampung dan setakat ini beberapa daerah telah melaksanakan program itu.

Jika bekalan (vaksin) banyak, kita akan pergi semua (jajahan). Malah, sekiranya ada keperluan kita akan buat dari rumah ke rumah, tetapi setakat ini belum lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Zaini memaklumkan seramai 144,000 individu telah menerima dos pertama manakala 55,000 selesai dos kedua suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat Kelantan, setakat ini. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar