web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Koperal Mohd Hasif Dibenar Keluar Hospital

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2024 3:26PM

Balai Polis Ulu Tiram yang menjadi lokasi serangan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Anggota polis yang cedera ditembak di bahu dan pinggul dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini pada 17 Mei lepas sudah dibenarkan keluar dari Hospital Sultan Ismail (HSI) pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, yang dirawat selama sembllan hari di hospital berkenaan diberikan cuti selama dua bulan.

"Pastinya insiden itu menyebabkan trauma kepada Mohd Hasif dan dia juga telah mendapatkan rawatan kaunseling ketika di hospital. Sekiranya perlu, sesi kaunseling akan diberikan lagi.

"Keadaannya kini stabil, boleh berjalan dan tidak memerlukan tongkat. (bagaimanapun) dalam tempoh dua bulan dia akan terima rawatan berkala," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kerajaan Negeri Johor Kepada Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar.

Dalam kejadian pada 2.45 pagi itu, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, meninggal dunia selepas diserang oleh seorang lelaki bertopeng bersenjatakan parang manakala Mohd Hasif ditembak.

Tujuh individu direman seminggu bermula 18 hingga 24 Mei lepas bagi membantu siasatan kes terbabit.

Mereka terdiri daripada lima ahli keluarga suspek dan dua pelajar yang turut berada di lokasi kejadian ketika insiden berlaku.

Ketua Polis Negara  Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata lima sekeluarga itu ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 selepas tempoh reman tamat. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad