web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SOP Celaru Lagi?

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2021 8:08PM

Antara kenderaan yang parkir di tepi jalan Kuhara-Merotai selepas tidak dibenarkan melalui SJR Jambatan Putih, sebelum jam 9 pagi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Penduduk di daerah ini meluahkan rasa kecewa selepas kerajaan negeri mengeluarkan masa operasi perniagaan baharu yang dianggap terlalu menekan rakyat.

Difahamkan, terdapat arahan hanya membenarkan satu laluan iaitu Jalan Damai, di sini, sebagai laluan masuk ke bandar untuk semua orang awam termasuk dari Kalabakan, berkuat kuasa, semalam, bertujuan bagi mengekang penularan COVID-19.

Bagaimanapun, hari ini, sekali lagi orang ramai terkejut apabila mereka hanya dibenarkan melalui sekatan jalan raya (SJR) untuk ke pusat bandar bermula jam 9 pagi selaras dengan masa operasi perniagaan baharu yang diumumkan kerajaan negeri, semalam.

Seorang peniaga Eyra Debella, 38, berkata, dia keluar dari kediamannya di Gudang Empat untuk menghantar bekalan makanan ke vendor sekitar Kubota dan Jalan Kuhara seawal jam 7.30 pagi tadi.

“Bagaimanapun, saya tidak dibenarkan lalu di SJR Jambatan Putih dan dimaklumkan hanya boleh berbuat demikian bermula jam 9 pagi.

“Terus terang, saya keliru dengan arahan tersebut, namun, terpaksa akur dan bertindak parkir di tepi jalan sementara menunggu jam 9 pagi,” katanya kepada Getaran.

Tambah Eyra, menjadi rutin harian untuknya menghantar hasil jualan di vendor pada awal pagi, bagi membolehkan dia pulang ke rumah sebelum jam 10 pagi.

“Saya tahu akan tugas pasukan keselamatan dalam memutuskan rantaian COVID-19, namun, arahan hanya boleh melalui SJR selepas jam 9 pagi tidak relevan.

“Jika diperhatikan keadaan di pusat bandar juga lengang, banyak kedai tutup dan parkir kereta yang kosong, menunjukkan orang ramai bukan ‘suka-suka’ turun ke situ,” katanya.

Perkara itu turut diakui pengusaha restoran, Suriansyah Dali, 35 yang berkata, dia terpaksa turun ke bandar untuk mendapatkan bahan mentah seperti sayur dan lauk lauk pada awal pagi, sebelum membuka perniagaannya di Jalan Kuhara.

“Menerusi arahan terbaharu (Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Sabah), kebanyakan operasi premis perniagaan termasuk kedai makan dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang sahaja.

“Justeru, jika kami hanya dibenarkan masuk ke bandar untuk membeli barang keperluan pada jam 9 pagi, bila pula kami boleh memulakan operasi perniagaan,” katanya, kesal.

Menurut Suriansyah, itu belum mengambil kira kadar kelewatan akibat kesesakan lalu lintas sehingga tiga jam, apatah lagi selepas semua kenderaan awam hanya dibenarkan menggunakan satu laluan di Jalan Damai untuk ke pusat bandar.

Bagi Razak Zulkifli, 28, keadaan dijangka teruk menjelang hari bekerja memandangkan orang ramai perlu turut ke bandar untuk melakukan urusan rasmi terutamanya membabitkan perbankan.

“Seperkara pihak kerajaan perlu sedar, kebanyakan bank hanya terletak di pusat bandar dan tidak mempunyai cawangan di tempat lain.

“Ada sebahagian urusan bank memerlukan orang ramai pergi ke kaunter termasuk berkaitan moratorium,” katanya.

Menurut Razak, tidak sewajarnya kerajaan membenarkan banyak premis beroperasi, sekiranya cara pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) lebih dilihat ‘menekan’ orang awam untuk tidak melakukan urusan di pusat bandar.

Semalam, Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun mengumumkan, operasi perniagaan khusus bagi Tawau dan Kalabakan dihadkan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Antara perniagaan yang dibenarkan adalah premis makanan termasuk lori makanan, kedai serbaneka, pasar awam, pasar raya, farmasi, dobi (termasuk layan diri), stesen minyak, kedai haiwan, barangan optik, bengkel kenderaan, elektrik, jualan kenderaan, telefon bimbit, cuci kenderaan, pemborongan dan pengedaran serta e-dagang.

Bagaimanapun, tiada arahan berkaitan penetapan masa melintasi SJR dikeluarkan sekali gus menimbulkan kekeliruan orang ramai di daerah ini. - Getaran, 6 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Perlis Akan Cadang Pintu Sempadan Padang Besar Dibuka Hingga 12 Tengah Malam

3

Politik 2 tahun yang lalu

SOP Hari Pengundian: KKM Umum Selewatnya 2 Hari Sebelum Mengundi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tidak Lagi Wajib Pakai Pelitup Muka Dalam Pengangkutan Awam, Fasiliti Kesihatan

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran