web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemaju Projek Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu-Air Itam Terima Arahan Henti Kerja

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2024 7:31PM

Arahan berhenti kerja telah dikeluarkan untuk projek pintasan bertingkat yang menghubungkan Air Itam dengan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Pembinaan projek kontroversi jalan pintasan bertingkat bernilai RM850 juta yang menghubungkan Air Itam dengan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sudah diarah untuk diberhentikan. 

Arahan berkenaan dikeluarkan sehari selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Connie Tan memfailkan aduan mengenai pemaju.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd menghentikan aktiviti kerja sementara menunggu siasatan terhadap aduan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang,  Zairil Khir Johari berkata, arahan itu dikeluarkan hari ini.

"Perintah itu dikeluarkan kerana kontraktor bekerja pada cuti umum. Mereka sepatutnya hanya menjalankan kerja tebatan di tapak, tetapi mereka melakukan lebih daripada apa yang diperlukan," katanya. 

Dakwa Tan, pemaju telah menyebabkan gangguan kepada penduduk setempat.

"Pengabaian syarikat terhadap protokol komunikasi yang betul tidak boleh diterima dan membawa kepada kesusahan teruk untuk komuniti kami," katanya.

Tan turut menggesa Perbadanan Infrastruktur Pulau Pinang, yang menyelia projek pembinaan, meningkatkan sistem pemantauan dan memastikan pematuhan ketat terhadap peraturan.

Konsortium Zenith Construction juga adalah rakan kongsi projek terowong dasar laut yang menghubungkan Gurney Drive di pulau itu dan Bagan Ajam di Prai.

Pintasan itu yang merupakan projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang bernilai RM42 juta, dijangka dapat mengurangkan aliran trafik dengan ketara.

Penduduk Island Glades sebelum ini mengadu mengenai projek pintasan Air Itam. Ada yang mendakwa cedera ditimpa serpihan jatuh dari tapak pembinaan.

Forum Pulau Pinang pernah memberi amaran berhubung projek itu dengan berkata, sudut ketinggian dan persimpangannya melalui kawasan bukit boleh menjejaskan keselamatan tanah.

Projek itu dijangka mengurangkan masa perjalanan antara Air Itam dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu daripada 40 minit kepada kurang 10 minit.

Hujung minggu lalu, beberapa penduduk menyalahkan banjir kilat di Lebuhraya Thean Teik di Air Itam berpunca daripada projek itu. – The Vibes, 22 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Beri Lebih Tumpuan Kepada Penyelesaian Masalah Kemudahan Asas Di Labuan – PM

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Pengarah ZCSB Beri Jam Tangan Maurice Lacroix Sempena Hari Jadi Lim Guan Eng

3

Jelajah 4 tahun yang lalu

Berpuasa di Hotel Pun Menarik, Ada Promosi Ramadan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad