web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengarah ZCSB Beri Jam Tangan Maurice Lacroix Sempena Hari Jadi Lim Guan Eng

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2022 5:17PM

Lim Guan Eng - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengarah Syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (ZCSB) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa beliau memberikan wang RM100,000 dan seutas jam tangan jenama Maurice Lacroix bernilai RM43,000 kepada Lim Guan Eng sempena ulang tahun kelahirannya.

Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 62, berkata sekitar 2015, beliau membawa wang tunai RM100,000 yang diisi di dalam sampul surat putih serta jam tangan berwarna hitam ke pejabat Guan Eng yang ketika itu Ketua Menteri Pulau Pinang, di Tingkat 28, Menara KOMTAR.

“YB Lim Guan Eng dan saya sahaja di bilik beliau dan setelah duduk bersembang seketika, YB Guan Eng ada bertanya mengenai projek terowong. Saya memberitahu kepada YB Guan Eng yang sekarang masih lagi dalam peringkat untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan.

“Kemudian saya memberitahu YB Guan Eng yang saya ada membawa hadiah untuk beliau sempena hari jadinya,” katanya ketika membacakan pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh pada perbicaraan kes rasuah Guan Eng yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Saksi pendakwaan ke-23 berkata beliau kemudian menyerahkan wang RM100,000 dan jam tangan tersebut lengkap bersama kotak berwarna hitam kepada Guan Eng, namun Guan Eng memberikan kembali sampul putih berisi wang itu kepadanya dan hanya menerima jam tangan diberikan.

“YB Guan Eng kelihatan gembira apabila menerima jam tangan dari saya dan selepas itu, saya beredar dari pejabatnya. Saya tidak pula melihat YB Guan Eng memakai jam yang saya berikan itu. Saya tidak rasa apa-apa apabila YB Guan Eng tolak pemberian wang RM100,000 tersebut,” katanya.

Zarul Ahmad berkata Guan Eng tidak pernah meminta jam tangan itu sempena hari jadinya tetapi beliau sendiri membeli jam tangan itu menggunakan cek daripada akaun bank UOB Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, semata-mata untuk memastikan pelaksanaan projek terowong itu berjalan lancar dengan Kerajaan Pulau Pinang.

Sementara itu, Zarul Ahmad berkata sekitar Disember 2014, beliau memberikan wang RM100,000 yang diletakkan dalam satu sampul putih kepada Guan Eng sempena ulang tahun kelahirannya di pejabat Guan Eng.

“Saya menyerahkan sampul putih itu kepada YB Guan Eng dan beliau terima sampul putih yang berisi wang RM100,000 itu daripada saya setelah saya hulur kepadanya. YB Guan Eng tidak bertanya apa kandungannya dan dia juga tidak menolak.

“YB Guan Eng kelihatan gembira setelah menerima sampul tersebut dan wang RM100,000 itu adalah sebahagian wang rasuah daripada 10 peratus yang diminta oleh beliau daripada keuntungan syarikat saya,” katanya.

Menurut saksi itu, beliau memperolehi sumber wang daripada jualan tanah Lot 702 kepada Ewein Zenith Sdn Bhd milik Datuk Ewe Swee Kheng dan ZCSB telah menerima bayaran daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui tanah Lot 702 setelah mendapat kelulusan kajian kebolehlaksanaan untuk tiga jalan utama.

“Saya menyimpan sebahagian daripada sumber tersebut dalam bentuk tunai untuk membuat sumbangan kepada YB Lim Guan Eng,” katanya.

Guan Eng berhadapan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.

Guan Eng yang juga bekas Setiausaha Agung DAP itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi Isnin depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

2

Video & Galeri 20 jam yang lalu

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

4

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad