Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Berpuasa di Hotel Pun Menarik, Ada Promosi Ramadan

Rebut tawaran yang ada untuk melepaskan lelah, berpuasa dengan selesa sambil menikmati pelbagai juadah iftar yang membuka selera.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2022 10:30AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kali Ramadan menjelma, memang ramai yang memilih untuk memperlahankan aktiviti sosial seperti bercuti atau mengembara kerana tidak boleh makan dan minum di siang hari. Selain itu, ada juga yang mahu fokus kepada ibadat. Namun, sebenarnya anda juga boleh berpuasa sambil bercuti dengan staycation di hotel. Sepanjang Ramadan ini, banyak promosi dan pakej menarik yang ditawarkan oleh pihak hotel.

Jadi, mengapa tidak rebut tawaran yang ada? Boleh melepaskan lelah, berpuasa dengan selesa dan boleh menikmati pelbagai juadah berbuka puasa membuka selera. Ingat, bercuti di bulan puasa bukanlah satu isu besar. Anda yang harus bijak mengatur masa. Paling penting, jangan abaikan ibadah puasa.

Jom semak beberapa tawaran menarik daripada beberapa hotel berikut:

1. Rangkaian Hotel Lexis

Rangkaian hotel ini menawarkan ‘Pakej Staycation Ramadan’ untuk Lexis Hibiscus Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson dan Lexis Suites Penang. Percutian di sini memberi peluang untuk anda menghabiskan masa berkualiti bersama insan tersayang di bilik pilihan, bersahur serta berbuka puasa bersama-sama dengan menempah promosi istimewa Iftar yang tersedia. 

Harga bergantung kepada pilihan tarikh dan jenis bilik yang anda mahukan. Harga bilik di Lexis Hibiscus Port Dickson misalnya ialah RM943.20 untuk percutian dari 16 ke 17 April 2022. Tawaran ini untuk empat orang di penginapan Executive Pool Villa. 

Untuk maklumat lanjut anda boleh lihat di sini!

2. GEO Resort & Hotel, Genting Highlands

Hotel yang terletak di Genting Highland ini cukup ideal untuk mereka yang merancang untuk membeli-belah untuk persiapan raya di Genting Premium Outlets. Tidak perlu tergesa-gesa untuk pulang, sebaliknya anda boleh membeli-belah dengan selesa tanpa bimbang tentang lokasi untuk berbuka puasa. 

GEO Resort & Hotel, Genting Highlands menawarkan dua pakej staycation sempena Ramadan kali ini iaitu ‘Iftar Getaway’ yang berharga RM518 dan ‘Staycation’ yang hanya berharga RM300. ‘Iftar Getaway’ menawarkan penginapan untuk dua orang di superior suite berserta sahur dan bufet buka puasa, manakala untuk pakej ‘Staycation’ hanya terdapat satu pilihan untuk menjamu selera, sama ada bersahur atau berbuka puasa.

Untuk makluman anda, Cabana Restaurant yang menyediakan sahur dan bufet buka puasa adalah pemegang sijil halal yang sah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Tawaran ini boleh dinikmati sehingga 2 Mei 2022. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang hotel ini.

3. Hatten Hotel, Melaka

Mungkin ada di antara anda yang bercadang untuk ke Melaka untuk berbuka puasa. Maklumlah Melaka menjanjikan pengalaman kulinari yang tidak kurang hebatnya. Asam Pedas Melaka sering menjadi igauan ramai. Kalau sudah itu hajat di hati, bolehlah menginap di hotel yang mempersembahkan dekorasi rumah agam Peranakan yang indah.

Ada dua pilihan menanti, iaitu penginapan di Junior Suite yang berharga RM395 dan RM275. Kedua-dua pilihan ini menawarkan bufet Ramadan untuk dua orang, parkir percuma dan juga kemudahan Wi-fi. 

Tawaran sah sehingga 1 Mei 2022. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang hotel ini

4. JEN Penang Georgetown, Pulau Pinang

Jom terbang ke syurga makanan, Pulau Pinang. Membayangkannya sahaja sudah membuatkan hati berbunga riang. Siapa yang mampu menolak semangkuk Laksa Penang, mi udang, sepinggan nasi kandar kuah campur dan char kuey teow udang? Semua hidangan ini menjadi buruan ramai dan peluang berbuka puasa dengannya memang satu nikmat.

Jika Pulau Pinang adalah pilihan percutian untuk Ramadan ini, bolehlah bermalam di JEN Penang Georgetown yang terletak di kedudukan strategik. Mudah untuk anda ke sana sini. Tambah menarik, ada promosi staycation yang boleh direbut.

Nikmati penginapan santai di bilik deluxe yang terang dan selesa termasuk sahur, sajian makan malam ‘Sajian Nusantara’ di Café Jen dan daftar keluar lewat pada jam 2 petang. Raikan kebersamaan dengan keluarga anda dan terokai George Town di depan pintu anda. 

Buat tempahan di laman sesawang hotel ini untuk rebut tawaran tersedia, bukan di platform tempahan hotel yang lain.

5. Dorsett Putrajaya & Dorsett Hartamas

Rangkaian hotel antarabangsa Dorsett juga tidak ketinggalan membawakan pakej ‘staycation’ Ramadan untuk anda nikmati sepanjang bulan puasa ini. Bagi yang mencari lokasi penginapan di Putrajaya untuk tujuan santai atau urusan perniagaaan, anda boleh menginap di Dorsett Putrajaya yang membawakan pakej ‘Syukur Ramadan Stay & Dine’ yang berharga RM230 bersih semalam untuk seorang dan RM310 bersih semalam untuk dua orang. 

Pakej ini membolehkan anda bermalam di bilik Dorsett, termasuk sahur dan bufet buka puasa serta layak untuk daftar masuk awal pada jam 12.00 tengahari dan daftar keluar pada jam 2.00 petang, bergantung kepada ketersediaan bilik. 

Jika lebih suka penginapan yang lebih dekat dengan pusat bandar Kuala Lumpur, tempah sahaja pakej ‘Halaman Dorsett’ dari Dorsett Hartamas. Pakej berharga RM315 bersih ini membolehkan anda bermalam di bilik Dorsett yang luas dan selesa. Sahur untuk dua orang di Table Talk dari jam 4.30 pagi hingga 5.30 pagi serta satu kali penebusan makan malam bufet ‘Warisan Selatan’ untuk dua orang.

Gambar Unsplash
Gambar Unsplash

Malah, anda juga layak membuatkan pembatalan percuma sehingga dua hari sebelum tarikh daftar masuk. Namun, tawaran ini tertakluk kepada penginapan minimum dua malam.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila ikuti pautan ini. - Getaran, 7 April 2022 

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini