web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


TH Peruntuk RM30 Juta Untuk Kos Makanan Jemaah Haji Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2024 1:15PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

МАККАН - Lembaga Tabung Haji (TH) memperuntukkan sebanyak SAR30 juta bagi kos penyediaan dua juta pek makanan kepada 31, 600 jemaah sepanjang musim haji tahun ini, kata Ketua Rombangan Haji Malaysia 1445H/2024 Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata biarpun terdapat peningkatan kos bahan mentah ditambah lagi dengan kenaikan harga bahan api menyebabkan berlaku peningkatan kepada kos pengangkutan, namun kos ditanggung oleh TH tetap sama berikutan perjanjian jangka masa panjang yang ditandatangani oleh pihak penyedia makanan.

"Kalau kita lihat kos untuk penyediaan makanan setiap tahun meningkat sebab harga bahan-bahan menta naik dan jika kita teliti, bahan mentah yang digunakan, ada yang diimport dari luar negara (luar dari Arab Saudi).

"Selain itu kos penghantaran turut meningkat termasuk percukaian dan pihak kerajaan (Arab Saudi) berkuasa untuk menentukan ada proses-proses dan kemudahan tertentu perlu ditambah baik untuk meningkatkan standard (penyediaan makanan), menyebabkan pihak katering juga perlu mematuhinya, dan ini semua melibatkan kos.

"Hal ini menjadi satu perkara yang mencabar untuk TH bagaimana hendak menangani kenaikan kos dan dalam masa sama menyediakan perkhidmatan terbaik untuk jemaah haji," katanya kepada petugas media selepas mengadakan lawatan di tiga buan dapur penyediaan makanan untuk jemaah haji Malaysia di sekitar Makkah.

Beliau berkata TH telah menyaring dan meneliti sebelum memilih lapan syarikat katering tempatan yang mempunyai lesen dan sijil diiktiraf oleh Kerajaan Arab Saudi bagi menyediakan makanan berkhasiat serta bersih untuk jemaah haji.

Lapan syarikat penyedia makanan itu terdiri daripada enam di Makkah iaitu Al Wafa Catering, Al Salmi Catering, Nakha Alia Catering, Mohsen Mohd Al Amoudi Catering (Retaj Restaurant), Fawzy Abo Rozeyza (Makkah Kitchen) dan Tadco Catering.

Dua lagi syarikat adalah di Madinah iaitu Edarah Company For Hotel Management & Operation dan Ahmed Mohamed Zuhdi Company for Management & Operation of Tourist Accommodation.

Keutamaan kontrak katanya, diberikan kepada syarikat penyedia makanan yang memenuhi piawaian antarabangsa dalam soal pengurusan keselamatan iaitu Hazard Analysis and Critical Control (HACCP) iaitu amalan terbaik dalam industri penyediaan makanan.

"Sebelum beroperasi mereka juga melalui proses saringan penilaian ketat oleh Kerajaan Arab Saudi yang memerlukan mereka memohon menerusi pejabat Gabenor Makkah dan Bandaraya Makkah, Jabatan Alam Sekitar, pejabat penguat kuasa selain perlu mendapat sijil kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi, " katanya.

Syed Salleh berkata pada masa sama, untuk memastikan kualiti makanan berada di tahap terbaik, TH menerusi Unit Katering daripada TH Travel bersama Unit Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan (KKM) turut melakukan pemeriksaan terhadap dapur yang digunakan.

la termasuk pemeriksaan fizikal tempat digunakan seperti tempat penyimpanan barang, tempat untuk memotong bahan mentah dan tempat penyediaan makanan untuk memastikan tahap kebersihannya selain memeriksa sistem perparitan, sistem pengurusan sisa serta peralatan digunakan.

Sementara itu, Syed Salleh berkata sebanyak 3.2 tan beras digunakan untuk menyediakan hidangan tengah hari dan makan malam kepada jemaah haji setiap hari beserta lima tan protein dan 2.5 tan sayur.

Dari segi variasi menu makanan pula, TH menetapkan syarikat katering terlibat menyediakan 42 jenis menu berbeza sepanjang musim haji kali ini untuk makan tengah hari dan malam bagi jemaah haji muasasah.

Makanan disediakan kemudian dihantar ke tempat penginapan jemaah haji dalam kotak pemanas dengan menggunakan kenderaan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa iaitu mempunyai sistem pengesanan global. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad