web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Biar Polis Siasat Dakwaan Pandu Uji Kereta - MB Kedah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2021 1:37PM

Muhammad Sanusi menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat isu yang tular di media sosial, membabitkan dakwaan beliau memandu uji sebuah kenderaan di Autocity Juru, Pulau Pinang semalam.

Menurut Muhammad Sanusi, setakat ini beliau tidak mahu mengulas panjang berhubung perkara itu.

“Tunggu siasatan polis selesai, tiada komen setakat ini.

“Saya tak tahu apa tujuan individu berkenaan tularkan perkara tersebut. Tengok kereta di luar ruang pameran saja sambil lalu nak ke kedai,” katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini.

Seorang individu semalam membuat hantaran di Facebook memaparkan gambar Muhammad Sanusi bersama dua lagi lelaki berada di pusat pameran kenderaan di Autocity Juru, Pulau Pinang.

Menurut individu berkenaan, Muhammad Sanusi didakwa memandu uji salah sebuah kenderaan di situ sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad hari ini mengesahkan bahawa polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Dalam pada itu, Setiausaha Politik Menteri Besar, Afnan Hamimi Taib Azamudden mendakwa, isu yang timbul merupakan fitnah terbaru dibuat terhadap Muhammad Sanusi.

Menulis di laman Facebooknya, Afnan menjelaskan, Menteri Besar yang ketika itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagi urusan penting, singgah ke Juru untuk membeli makanan sebelum kembali masuk ke lebuh raya memandangkan pusat hentian rehat dan rawat (R&R) ditutup ketika ini.

Ketika itu katanya, ada seorang pemandu dan seorang anggota polis pengiring bersama Menteri Besar.

“Kebetulan kedai tempat beli makanan di Juru itu dekat dengan pusat pameran kenderaan. Pusat pameran itu tutup tetapi ada seorang penjual sedang menyusun kenderaan di luar pusat pameran berkenaan.

“Menteri Besar pergi jenguk kereta itu bukan nak beli, tetapi saja tengok sebab minat. Kalau pergi hendap-hendap, nanti orang tengok pelik pula,” katanya.

Tambahnya, walaupun pusat pameran itu tutup, namun peniaga terbabit tetap bersopan dengan melayan mereka yang hadir sambil mengalih kenderaan-kenderaan di situ.

“Lepas siap beli makanan, Menteri Besar sambung perjalanan ke Kuala Lumpur. Ford Ranger itu tetap berada di Juru dan tak ikut ke Kuala Lumpur sekali.

“Tiada sesi pandu uji berlaku,” katanya. - Getaran, 6 Jun 2021.

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar