web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Seret Kucing Atas Jalan Raya Ditahan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 8:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN  - Polis menahan seorang lelaki, dipercayai menyeret kucing di atas jalan raya sambil menunggang motosikal, berdasarkan sebuah video  yang tular di laman sosial sejak semalam.

Video berdurasi 35 minit itu menunjukkan kucing tersebut diseret oleh lelaki berkenaan, dan majoriti netizen menyifatkan tindakan terbabit sebagai zalim, sekali gus meminta tindakan segera diambil terhadapnya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menahan suspek berusia 45 tahun itu selepas dia menyerah diri di Balai Polis Langkap, di sini, jam 9 malam semalam.

“Suspek memberitahu tujuan sebenarnya menangkap kucing berkenaan adalah untuk dibuang di kawasan kedai berdekatan rumahnya.

“Dia menggunakan sauk untuk menangkap kucing dan dalam perjalanan, kaki depan kucing berkenaan terkeluar dari jaring sauknya menyebabkan kucing itu terseret di atas jalan raya,” katanya di sini, hari ini.

Ahmad Adnan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Menurutnya, polis sudah merakam percakapan suspek dan lelaki itu dibebaskan atas jaminan polis sementara menunggu kes dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk pendakwaan. – Getaran, 5 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Buang Kucing Dalam Sungai

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Dia Pun Nak Beraya Jugak

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad