web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2024 1:50PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia dikatakan gagal memenuhi komitmen untuk memperbaharui undang-undang yang menyekat hak kebebasan bersuara, menurut laporan hak asasi manusia Amnesty International bagi tahun 2023.

Laporan itu yang diterbitkan hari ini juga menyebut Malaysia terus menggunakan undang-undang yang menindas untuk menghentikan kritikan dan menghalang bantahan aman.

Ia merangkumi rekod hak asasi manusia sepanjang tahun pertama pertandbiran kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum November 2022.

Amnesty International seterusnya berkata tindakan punitif terhadap pelarian dan pendatang masih diteruskan, termasuk penahanan tanpa had waktu dan penghantaran pulang secara paksa yang bertentangan dengan prinsip tiada penghantaran pulang paksa (principle of non-refoulement).

“Lebih banyak kematian dalam tahanan juga direkodkan,” katanya.

Hanya satu perubahan positif yang disentuh dalam Laporan Amnesty International iaitu pemansuhan hukuman mati mandatori yang telah membenarkan seramai 1,020 banduan akhir membuat permohonan semakan semula.

Kerajaan perpaduan yang diterajui Pakatan Harapan, yang sebelum ini berjanji untuk melaksanakan reformasi serta menambah baik situasi hak asasi manusia, termasuk kebebasan bersuara dan menghapuskan undang-undang zalim.

Laporan Amnesty International menyatakan Malaysia gagal bertindak terhadap komitmen yang dibuat pada kempen Pilihan Raya Umum pada 2022 untuk memperbaharui undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara dan menerima pakai Akta Kebebasan Maklumat.

“Pihak berkuasa terus menggunakan undang-undang yang menindas termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia; peruntukan dalam Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan menyebabkan perpecahan atau kebencian atas alasan agama dan ketakutan atau kesusahan awam; dan Akta Hasutan - untuk mendiamkan kritikan dalam dan luar talian," kata laporan itu.

Laporan itu menggunakan contoh bagaimana pihak berkuasa menyoal siasat pengarah, penerbit dan empat individu lain yang terbabit dengan penghasilan sebuah filem, Mentega Terbang, yang membawa persoalan seorang wanita meneroka konsep kehidupan akhirat, yang dikritik oleh pegawai kerajaan dan kumpulan agama.

Filem itu diharamkan pada September manakala siasatan polis terhadap filem itu masih berjalan.

Laporan itu juga menekankan mengenai kes Kean Wong, penyunting buku Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope in New Malaysia yang diharamkan pada 2020, yang ditahan kerana menghasut, Oktober lalu.

Walaupun beliau dilepaskan dua hari kemudian, siasatan itu masih berterusan.

Laporan Amnesty International dibuat sejurus selepas AS mengeluarkan Laporan Negaranya sendiri mengenai Hak Asasi Manusia.

Laporan AS itu juga menyatakan bahawa hak asasi manusia di Malaysia kekal tidak berubah.

Laporan lengkap boleh dibaca di pautan ini. – The Malaysian Insight, 24 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad