web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2024 9:10AM

Sazali (kanan) menjawab pertanyaan pemberita pada sidang media sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Kastam Kelantan. Turut sama Pengarah JKDM Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long (kiri). - gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan tidak menolak kemungkinan berlaku pertambahan pangkalan haram bagi kegiatan penyeludupan di sepanjang 106 kilometer Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand berikutan cuaca panas ketika ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad, berkata sebelum ini terdapat kira-kira 140 pangkalan haram dikesan di sepanjang sungai berkenaan.

"Paras air Sungai Golok semakin menyusut dan tidak mustahil ada pihak yang mengambil kesempatan mewujudkan pangkalan haram baharu. 

"... dengan keadaan sekarang mungkin jumlah pangkalan haram bertambah seolah-olah setiap satu kilometer akan wujudnya pangkalan haram," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Kastam Kelantan di sini semalam.

Beliau berkata, meskipun pangkalan itu kecil atau baru diwujudkan, ia merupakan satu laluan haram dan dijadikan tempat menyeludup barangan antara kedua-dua belah negara. 

"Kita di sempadan sentiasa perlu bekerjasama dengan kesemua agensi kerana suasana di sempadan di Sungai Golok sesuatu yang sukar dikawal. Kastam sentiasa meningkatkan usaha menyekat kegiatan penyeludupan daripada berleluasa," katanya.

Sazali berkata, sepanjang tahun lepas, Kastam Kelantan membuka 670 kertas siasatan dengan rampasan bernilai RM27.9 juta termasuk cukai.

"Rampasan terbesar melibatkan rokok dengan nilai rampasan termasuk cukai sebanyak RM22 juta serta 386 kertas siasatan telah dibuka.

"Bagi tiga bulan pertama tahun ini, pelbagai barangan seludup termasuk cukai bernilai RM6.8 juta telah dirampas dengan 272 kertas siasatan dibuka," katanya. 

Menurut Sazali rampasan kereta klon dan motosikal jenis Yamaha RX-Z adalah paling banyak dihasilkan dengan rampasan bernilai RM784,738 termasuk cukai. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad