web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Jenazah Ibu Sempurna” – Anak Allahyarham Noor Rahiza

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2024 8:41AM

Kembar, Nur Qistina Awliyah Mohd Azinor (dua, kiri) dan Nur Qistina Auni Mohd Azinor (kiri), kedua-duanya berusia 16 tahun, anak kepada Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, 39, daripada Unit Bekalan Armada Berat, juga Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, ketika ditemui pemberita di luar Unit Perubatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun. – gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Anak sulung Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, Nur Qistina Awliyah Mohd Azinor, 16, mendedahkan jenazah ibunya masih sempurna dengan kecederaan di muka selepas proses pengecaman semalam.

Pelajar Tingkatan Empat itu memaklumkan hanya rahang di wajah ibunya patah selain itu tiada kecederaan serius lain pada jenazah.

"Rahang mama patah tapi Alhamdulilah jenazah sempurna," katanya ketika ditemui di Pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini malam tadi. 

Nur Qistina Awliyah berkata, kali terakhir dia bertemu ibunya pada pagi semalam sebelum pergi ke sekolah yang berhampiran dengan rumah di kuaters dalam Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.

"Sejak akhir-akhir ini mama memang sibuk, kadang-kadang balik sampai malam, mama cuma pesan belajar rajin-rajin," katanya sebak.

Bercerita mengenai kenangan bersama arwah, Nur Qistina Awliyah tidak menyangka keterujaan ibunya menyambut lebaran merupakan petanda akhir dia akan meninggalkan mereka sekeluarga 

"Masa hari raya lepas, dialah yang paling teruja untuk tangkap gambar. Sampai ayah pun pelik.

"Lepas itu, mama cakap tak mengapalah mungkin ini akan jadi kenangan terakhir boleh simpan buat kenangan," katanya menambah baju raya ibunya akan menjadi kenangan terakhir buat mereka sekeluarga.

Menurut Qistina Awliyah lagi, ini merupakan kali pertama ibunya mengikuti program sempena Sambutan Hari TLDM.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata jenazah, ibunya akan dikebumikan di Yan, Kedah.

Noor Rahiza, 39, merupakan seorang daripada 10 mangsa korban nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, pagi semalam.

Allahyarham meninggalkan suami dan empat anak berusia antara enam hingga 16 tahun. – BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 14 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad