web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1MDB: Mahkamah Akan Tentukan Sama Ada Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes – Hakim

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2024 8:31AM

Datuk Seri Najib Razak, - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang mendengar perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam mengingatkan semua pihak bahawa mahkamah yang akan membuat keputusan sama ada pendakwaan berjaya membuktikan kesnya.

Perkara itu timbul selepas peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin menyoal balas Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nur Aida Ariffin, 37, mengenai satu daripada empat pertuduhan salah guna kuasa yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Tinggi di sini.

Wan Azwan Aiman kemudian menjelaskan bahawa soalan itu perlu dikemukakan kerana pembelaan cuba memastikan sama ada Nur Aida, yang juga pegawai penyiasat kes,sememangnya telah menyiasat empat unsur dalam pertuduhan tersebut. 

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib membantah soalan itu atas alasan bahagian itu dalam pertuduhan adalah selaras dengan Seksyen 23(2) Akta SPRM kerana terdapat anggapan bahawa Najib telah menyalahgunakan kuasanya.

Peguam utama Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kemudian bangun dan berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih dan perkara itu akan dibangkitkan oleh pembelaan di akhir kes pendakwaan yang dijangka berakhir tidak lama lagi. 

"Saya tidak mahu kami dituduh tidak membangkitkan perkara ini. Isu membabitkan semua pertuduhan akan menjadi sebahagian besar daripada hujahan kami. Pertuduhan adalah salah serta bertindih," katanya. 

Pada peringkat ini, Sequerah mengarahkan kedua-dua pihak agar memasukkan perkara itu dalam hujahan mereka dan mengingatkan bahawa ia terpulang kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen dalam pertuduhan, bukannya pegawai penyiasat SPRM berkenaan.

Sementara itu, kepada soalan lain yang dikemukakan oleh Wan Azwan Aiman, Nur Aida yang juga saksi pendakwaan ke-49 mengesahkan bahawa beliau tidak menyiasat bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi ketika menjalankan siasatan dalam kes 1MDB.

Perkara itu tidak dilakukan meskipun laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 7 April 2016 antara lain mengesyorkan agar pihak berkuasa menyiasat Shahrol Azral dan mereka yang berkaitan dengan 1MDB. 

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan sebanyak RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan bersambung hari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Najib Cuba Sekat Siasatan 1MDB Oleh SPRM, Kata Saksi

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar