web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


FINAS Taja Caruman SKSPS 4,500 Penggiat  Seni Untuk Setahun - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2024 9:06PM

Fahmi Fadzil (kanan) dan Steven Sim Chee Keong (berdiri, kanan) bergambar bersama penggiat seni - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata tajaan itu adalah 10 peratus daripada jumlah caruman SKSPS bernilai RM232.80 setahun yang perlu dibayar oleh setiap pencarum bagi skim perlindungan berkenaan.

Beliau berkata inisiatif itu adalah hasil Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Kementerian Komunikasi melalui FINAS bersama Kementerian Sumber Manusia menerusi PERKESO hari ini bagi menyediakan sokongan jaringan keselamatan sosial kepada penggiat seni.

“Jumlah RM232.80 itu untuk setahun, jadi pecah kepada 12 bulan, itulah jumlah yang anda bayar setiap bulan. Untuk tahun ini, 90 peratus dibayar oleh kerajaan manakala 10 peratus lagi oleh FINAS, jadi penerima (penggiat seni) tidak perlu bayar apa-apa (untuk tempoh setahun), katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani MoU itu di sini hari ini.

Mou itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dengan disaksikan oleh Fahmi serta Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, Pengerusi Lembaga Perkeso Datuk Seri Subahan Kamal dan Pengerusi FINAS Datuk Kamil Othman.

Fahmi berkata beliau juga bercadang menggunakan konsep sama bagi membantu kumpulan seni muzik yang masih di peringkat kajian.

Pada sidang media sama, Sim berkata perluasan kepada pencarum SKSPS untuk penggiat seni menjadikan lebih 400,000 golongan pekerja sendiri telah dicarum yang meliputi pelbagai bidang dan profesion.

Beliau berkata model kerjasama rentas kementerian juga lebih mudah untuk memastikan golongan pekerja sendiri daripada pelbagai bidang dapat mencarum dalam skim perlindungan itu.

"Kita akan melihat kepada model bekerjasama dengan kementerian supaya pekerja bebas juga dapat Perkeso. Tahun lepas, kita telah memberi lebih RM31 juta di bawah SKSPS. Untuk tahun ini, PERKESO setakat ini telah membayar RM7 juta kepada 1,500 pencarum SKSPS," katanya.

Kenyataan FINAS pula memaklumkan skop kerjasama MoU itu adalah antara usaha untuk menggalakkan pendaftaran dan meningkatkan penyertaan di bawah SKSPS oleh semua individu atau badan berkaitan dengan aktiviti perfileman pekerjaan sendiri serta persatuan bagi memastikan liputan perlindungan yang berterusan.

FINAS dan PERKESO juga akan berkongsi data serta maklumat khususnya berkaitan senarai nama individu atau badan berkaitan dengan aktiviti perfileman pekerjaan sendiri bagi memudahkan proses pendaftaran dan pembayaran caruman.

"Skop kerjasama MoU ini menawarkan prasyarat daftar dan carum SKSPS menerusi kaedah pelesenan di bawah FINAS atau melalui punca kuasa yang boleh dilaksanakan.

"Kerjasama itu juga menjadi pemudah cara bagi penyertaan SKSPS dengan langkah akan diambil kepada semua individu terlibat dalam aktiviti perfileman yang bekerja sendiri bagi membantu pelaksanaan SKSPS termasuk proses tuntutan faedah Orang Berinsurans Bekerja Sendiri sekiranya berlaku bencana," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar