web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suspek Kes Tembak KLIA Didakwa Esok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2024 8:48PM

Suspek ketika dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman minggu lalu - gambar Afif Abd Halim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Suspek kes tembak di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) minggu lalu akan didakwa esok.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, Hafizul Hawari, 38 akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu.

Menurut beliau, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.

“Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 di Mahkamah Sesyen Kota Bharu esok,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Terdahulu, reman ke atas Hafizul disambung lima hari lagi sehingga Sabtu, bermula hari ini, seperti diperintahkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Hafizul dalam kejadian pada jam 1.20 pagi 14 April itu telah melepaskan dua das tembakan, dengan satu daripada peluru terkena pengawal peribadi diupah isterinya.

Dia dipercayai mahu menembak isterinya, ketika wanita tersebut sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di Balai Ketibaan Antarabangsa. 

Dia yang melarikan diri selepas kejadian bagaimanapun berjaya diberkas di Jalan Bayam, Kota Bharu, 36 jam selepas kejadian. - Getaran, 23 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad