web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isham Jalil Kemuka Representasi Untuk Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Badan Kehakiman

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2024 1:09PM

Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Isham Jalil. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Isham Jalil, yang didakwa menghina mahkamah berhubung kenyataan mengenai kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak, telah mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG)bagi membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap badan kehakiman.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Ahmad Akram Gharib memaklumkan perkara itu semasa pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin hari ini.

"Pihak responden (Isham atau nama sebenarnya Hizatul Isham Abdul Jalil) telah mengemukakan representasi berkenaan kepada AG pada 25 Mac lepas melalui e-mel dan pemohon (pendakwa raya) perlu mendapatkan arahan daripada AG berhubung representasi itu. 

"Representasi itu adalah untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan tidak bersyarat kepada badan kehakiman.

“Oleh itu, pihak kami memohon suatu tarikh pengurusan kes baharu ditetapkan," kata Ahmad Akram yang mengendalikan kes bersama TPR Mohamad Mustaffa P Kunyalam.

Peguam Jamie Wong Siew Min mewakili Isham sebagai responden, mengesahkan perkara tersebut. 

Hakim Noorin kemudian menetapkan 10 Jun ini untuk pengurusan kes bagi status representasi.

Pada 4 Mac lepas, mahkamah membenarkan permohonan AG untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham.

Peguam Negara dalam permohonan yang difailkan pada 28 Disember tahun lepas, turut memohon agar mahkamah memenjara atau mengenakan hukuman denda terhadap Isham. 

Permohonan itu difailkan atas alasan Isham telah mengucapkan kata-kata berbentuk penghinaan kepada mahkamah dalam satu temu bual bertajuk Townhall For Justice: Keadilan Sebenarnya Untuk Siapa? yang disiarkan di laman Facebook The Malaya Post pada 30 September tahun lepas.

Peguam Negara mendakwa dalam temu bual itu, Isham telah mempersoal proses perbicaraan dan rayuan membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes berkaitan syarikat SRC International serta 1MDB. 

Isham turut didakwa mempertikai proses pendengaran permohonan penarikan diri Datuk Collin Lawrence Sequerah yang mendengar perbicaraan kes 1MDB di Mahkamah Tinggi di sini serta proses rayuan di Mahkamah Persekutuan dalam kes SRC International.

Peguam Negara juga mendakwa perkataan yang diucapkan oleh Isham telah mengaibkan Badan Kehakiman dan boleh menggugat keyakinan orang awam terhadap institusi itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 42 minit yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad