web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tumpas Sindiket Dadah Menerusi Perkhidmatan Kurier

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 2:15PM

Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah melalui perkhidmatan kurier dalam beberapa serbuan di sini, Cheras dan Kuala Lumpur pada Rabu dan Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata serbuan dan penahanan tiga lelaki terbabit berikutan laporan daripada seorang pekerja syarikat kurier berhubung empat kotak bungkusan yang mencurigakan.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis merampas pelbagai jenis dadah antaranya heroin seberat 1,211.35 gram (g); syabu (0.42 g); dan ekstasi (0.56 g) yang dianggar bernilai RM42,455.

Polis turut merampas dua kereta iaitu Mazda dan Nissan GTR, wang tunai RM162,500, pelbagai mata wang asing dan tujuh utas jam tangan yang keseluruhannya bernilai RM1.14 juta, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini hari ini.

"Hasil siasatan awal mendapati mereka mengambil upah untuk mengedar dadah menggunakan perkhidmatan kurier dengan menyembunyikannya di dalam alat permainan kepada pelanggan dari luar negara,” katanya sambil memberitahu kumpulan itu aktif sejak sebulan lepas dan menerima upah RM1,000 bagi setiap bungkusan yang dihantar.

Mohamad Fakhrudin berkata seorang daripada lelaki yang ditahan itu positif dadah dan kesemua mereka kini direman. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Mohamad Fakhrudin berkata polis menumpaskan satu sindiket mencuri kenderaan di sekitar Petaling Jaya apabila menahan lima lelaki berumur 22 hingga 36 tahun pada Khamis lepas.

Beliau berkata dua lelaki ditahan dalam serbuan di Desa Mentari pada 12 tengah hari ketika mereka sedang meleraikan komponen kereta yang dipercayai dicuri manakala tiga lagi termasuk dua warga asing ditahan di sebuah premis barangan lusuh di kawasan yang sama.

"Polis menemukan pelbagai jenis rangka kereta, tujuh enjin kereta dan alat meleraikan komponen kereta. Kami percaya berjaya menyelesaikaan empat kes curi kereta yang dilaporkan di sini dan beberapa kawasan di sekitar Selangor," katanya. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 48 minit yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad