web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPRM Ke Riyadh Untuk Sahkan Surat Derma RM2.6 Bilion - Saksi 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2024 9:16AM

Datuk Seri Najib Razak dikawal pegawai dan anggota Jabatan Penjara ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menghadiri perbicaraan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memperolehi sebarang dokumen sokongan daripada dua putera Arab Saudi berkaitan ketulenan empat surat dikaitkan dengan derma didakwa diberikan oleh kerabat diraja Arab Saudi kepada Datuk Seri Najib Razak.

Penguasa Kanan SPRM, Nur Aida Arifin, 37, berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi bagi memastikan ketulenan empat surat yang dikaitkan dengan derma RM2.6bilion.

"Tiada dokumen menunjukkan transaksi berkaitan dana yang dimasukkan dalam akaun bank Najib adalah datang daripada dua putera Arab Saudi itu," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi bekas perdana menteri itu.

Saksi pendakwaan ke-49 itu menjelaskan bahawa kedua-dua putera itu tidak memberi keterangan berhubung dana yang didakwa masuk ke dalam akaun bekas perdana menteri atas alasan protokol diraja. 

“Mereka hanya menunjukkan pasport untuk tujuan pengecaman dan tiada salinan dibekalkan," katanya.

Nur Aida berkata, pegawai SPRM yang telah pergi ke Riyadh pada ketika itu adalah Asisten Komisioner SPRM Mohd Nasharudin Amir, Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLFOP) SPRM, Fikri Ab Rahim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang ketika itu sebagai wakil Pejabat Peguam Negara.

Nur Aida juga tidak menolak cadangan Muhammad Shafee bahawa kesemua mereka (pegawai SPRM) itu boleh dipanggil sebagai saksi dalam kes ini kerana mereka adalah pegawai yang berjumpa dengan dua putera Arab itu dan relevan untuk perbicaraan ini.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. 

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung hari ini. -BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad