web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Najib Tak Dedah Mengenai Pertemuan Dengan Raja Arab Saudi Ketika Siasatan – Saksi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2024 8:41AM

Datuk Seri Najib Razak ketika menghadiri prosiding di mahkamah baru-baru ini. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak tidak memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud, pada Januari 2010, demikian Mahkamah Tinggi diberitahu semalam.

Pertemuan Najib dan delegasi Malaysia bersama Raja Abdullah di Riyadh dan anggota delegasi berkenaan terdiri daripada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, bekas Menteri Luar, Tan Sri Anifah Aman dan bekas duta Malaysia ke Arab Saudi, Profesor Datuk Syed Omar Alsagoff.

Saksi ke-49 pendakwaan, Penguasa Kanan SPRM, Nur Aida Arifin, 37, yang juga pegawai penyiasat kes Najib melibatkan penyelewangan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkata beliau tidak merekodkan kenyataan daripada menteri yang menghadiri pertemuan tersebut kerana isu berkenaan tidak pernah timbul. 

Menurutnya, Najib tidak mendedahkan perkara itu apabila dipanggil SRM untuk direkodkan kenyataan pada 2018.

"Tidak ada isu (berhubung tidak merekodkan kenyataan menteri Kabinet) kerana pernyataan Najib kepada SPRM juga tidak menyebut mengenainya. Isu ini hanya timbul ketika perbicaraan SRC," katanya ketika disoal balas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib. 

Saksi itu berkata, butiran terperinci mengenai pertemuan bersama Almarhum Raja Abdullah sepatutnya dimaklumkan sendiri oleh Najib kepada pegawai penyiasat ketika beliau dipanggil memberi keterangan kepada SPRM untuk membela dirinya.

Najib, melalui pembelaannya sebelum ini dalam kes penyelewengan dana milik SRC International Sdn Bhd mendakwa beliau percaya wang yang diterima dalam akaunnya adalah derma daripada Arab Saudi berikutan pertemuannya dengan Raja Abdullah di Riyadh bersama beberapa orang menteri.

Sewaktu perbicaraan kes Najib berhubung SRC pada Februari 2020, Jamil Khir memberikan keterangan bahawa kerajaan Malaysia melalui Najib memohon sumbangan derma daripada Arab Saudi dan bukan ditawarkan oleh negara berkenaan.

Menurut Jamil Khir, beliau tahu mengenai permohonan itu tetapi perkara berkenaan tidak dibincangkan di peringkat Kabinet kerana tidak termasuk dalam urusan pentadbiran. 

Bekas menteri itu berkata, sumbangan daripada Arab Saudi berkenaan tidak dibincangkan secara umum kerana ia diberikan kepada Najib secara peribadi.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung hari ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar