web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia-China Dijangka Bincang Isu Pencerobohan Ruang Udara

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 1:42PM

Hishammuddin Tun Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan membincangkan insiden pencerobohan tentera udara China dengan rakan sejawatnya dari China, Wang Yi di luar Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-China di China pada Isnin (7 Jun).

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini berkata Hishammuddin akan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat di Chongqing itu sempena ulang tahun ke-30 Hubungan Dialog ASEAN-China.

"Semua Menteri Luar ASEAN dan Menteri Luar Wang Yi serta Setiausaha Agung ASEAN dijangka menghadiri mesyuarat itu," kata kenyataan itu.

Semasa Mesyuarat Khas itu, Menteri Luar ASEAN dan China juga akan bertukar-tukar pandangan dan meneroka kaedah serta kerjasama dalam menangani wabak COVID-19, selain isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama. 

Hishammuddin dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan Wang Yi di samping meneroka perkongsian lebih substantif dan dinamik dalam pelbagai bidang termasuk kerjasama vaksin COVID-19, pembangunan infrastruktur, kewangan, ekonomi digital, pengeluaran makanan dan pertanian berteknologi tinggi.

Kedua-dua menteri berkenaan juga akan berunding kaedah terbaik untuk memastikan insiden itu tidak berulang demi menjaga keamanan serta kestabilan di Laut China Selatan dan menghindari sebarang kejadian tidak diingini.

Malaysia pada 3 Jun memanggil Duta Besar China di Kuala Lumpur dan mengeluarkan nota diplomatik susulan insiden berkenaan.   

Pada Isnin (31 Mei) 16 pesawat milik Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) dikesan memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (MMZ), dan Tentera Udara Diraja Malaysia bertindak menempatkan pesawat tempurnya dan Malaysia mengeluarkan nota diplomatik.

Menurut kenyataan itu lagi, Hishammuddin akan menghadiri Forum Diplomasi Antalya yang julung kali diadakan di Antalya, Turki, pada 18-20 Jun.

Di samping itu, Menteri Luar juga dijangka mengadakan lawatan kerja ke Mesir, Kuwait dan Qatar.

Lawatan itu, selain untuk memperkukuh lagi hubungan ia juga memberi peluang untuk mengetengahkan sokongan berterusan terhadap perjuangan rakyat Palestin dan pendirian konsisten Malaysia berhubung konflik Israel-Palestin. -  Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran