web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas Pandu Lawan Arus Di Kuantan Ada Masalah Kesihatan – Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2024 5:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Polis mengesahkan warga emas yang memandu secara melawan arus di Jalan Mahkota, di sini yang videonya tular di laman media sosial, mempunyai masalah kesihatan serta tidak lagi kompeten untuk memandu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata warga emas itu telah hadir menyerah diri di Balai Polis Trafik Kuantan semalam dan dikenakan notis saman di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan berkenaan.

Beliau berkata, polis menerima laporan berhubung perkara itu semalam dan hasil semakan Bahagian Siasatan Trafik lbu Pejabat Polis Daerah Kuantan mendapati kejadian berlaku berhampiran Pasar raya Ekonomi Berjaya, pada kira-kira 11pagi Jumaat lepas.

"Video tular di laman sosial Facebook 'Areef Adeeb' yang memaparkan kejadian Perodua Myvi yang dipandu dalam keadaan melawan arus telah dikesan, semalam.

"Hasil siasatan mendapati pemandu ketika itu bersama penumpang lelaki berumur 78 tahun yang merupakan abangnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru Wan Mohd Zahari menasihatkan pemilik dan pemandu kenderaan supaya memastikan tahap kesihatan diri dalam keadaan baik sebelum memandu supaya tidak membahayakan nyawa sendiri serta pengguna jalan raya lain. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad