Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Terkesan Dengan STRA, Industri Perhotelan Bajet Sarawak Mohon Campur Tangan Kerajaan Negeri

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2024 1:40PM

Presiden Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA), Dr Sri Ganesh Michiel, ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia cawangan Sarawak pada 18 April lalu di Kuching. - gambar FB Malaysia Budget & Business Hotel Association - Mybha

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengoperasian Penginapan Jangka Masa Pendek (STRA) di unit kediaman atau rumah kedai tanpa kawal selia kerajaan negeri, memberi kesan kepada perusahaan hotel bajet di Sarawak.

Tambahan pula, unit yang diubah suai untuk tujuan penginapan jangka pendek ini boleh pula disewa melalui portal agensi pelancongan dalam talian tanpa perlu sebarang lesen perniagaan.

Presiden Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA), Dr Sri Ganesh Michiel, ketika menjawab kenyataan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berhubung keputusan menaikan harga hotel bajet, sebelum ini, berkata bukan niat pihaknya menaikkannya secara sembarangan.

Sebaliknya, beliau berkata, ia akan terpaksa dilakukan jika ancaman terhadap industri perhotelan gagal diselesaikan oleh pihak berwajib.

Katanya, ia juga secara langsung atau tidak langsung, menyumbang kepada penuruan pendapatan atau kenaikan kos operasi sesebuah hotel bajet.

Melalui kenyataannya hari ini, Sri Ganesh berkata, antara ancaman industri yang masih gagal diselesaikan termasuk kegagalan untuk mengawal selia Agensi Pelancongan dalam talian (OTA) yang boleh menjalankan perniagaan mereka tanpa apa-apa kawalan undang-undang;

“Kegagalan untuk mengawal selia STRA yang mana sebuah unit kediaman atau rumah kedai boleh diubah menjadi sebuah unit atau bilik kediaman jangka masa pendek yang kemudiannya boleh dijual melalui portal agensi pelancongan dalam talian tanpa memerlukan apa-apa lesen perniagaan yang

Sah.

“Kegagalan untuk mengambil tindakan tegas terhadap penyedia penginapan yang tidak berlesen dan telah memberi kesan kepada pengusaha-pengusaha hotel yang berlesen,” katanya.

Pihaknya juga meminta supaya kerajaan negeri campur tangan untuk menangani apa-apa perkara yang secara langsung mahupun tidak langsung menyumbang kepada kenaikkan kos operasi sebuah hotel bajet atau mengakibatkan penurunan pendapatan hotel bajet tersebut.

Beliau berkata, masalah dan isu berkenaan disuarakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia cawangan Sarawak pada 18 April lalu di Kuching, Sarawak.

Menurutnya, dalam mesyuarat berkenaan, ahli turut menyuarakan terlalu banyak penginapan jangka masa pendek yang telah tumbuh bagai cendawan serta tidak mempunyai apa-apa kawal selia atau tindakan oleh kerajaan negeri sedangkan pengusaha berlesen perlu mengikut pelbagai peraturan dan undang-undang.

Perkara itu, katanya, dilihat seperti tiada keadilan untuk mereka yang terjejas.

Sehubungan itu, Sri Ganesh berkata, pihaknya meminta Abdul Kasim serta pihak berwajib untuk segera membantu pengusaha-pengusaha hotel bajet khususnya di Sarawak dalam memastikan kelangsungan perniagaan mereka sentiasa terjamin. 

“Kami sentiasa menyokong hasrat kerajaan negeri untuk menerima jumlah pelancong yang tinggi tetapi kerajaan negeri perlu memastikan bahawa yang mendapat manfaat daripada kehadiran pelancong tersebut perlulah daripada kalangan pengusaha-pengusaha industri pelancongan atau perhotelan yang berdaftar dan berlesen. 

“Kami menyeru kepada Abdul Karim supaya lebih peka terhadap masalah jangka masa panjang yang bakal dihadapi oleh pengusaha-pengusaha perhotelan di Sarawak selain memastikan usaha promosi Sarawak kepada pelancong tidak terjejas mahupun tercalar,” katanya. 

Pada 18 April lalu, Abdul Karim dilaporkan media sebagai berkata, pengusaha hotel bajet diingatkan untuk tidak menaikkan kadar bilik dengan sembarangan kerana ia boleh menjejaskan ketibaan pelancong serta industri pelancongan.

Abdul Karim berkata demikian ketika mengulas kenyataan terdahulu Sri Ganesh kepada New Straits Times, bahawa kadar bilik di hotel bajet boleh meningkat antara 30 hingga 40 peratus dalam tempoh tiga bulan mendatang ekoran beberapa faktor yang menjejaskan kos operasinya. – Getaran, 21 April 2024

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Selesai Di Kedah, PM Meriahkan Pula Rumah Terbuka Aidilfitri Pulau Pinang

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Kes Tembak Di Pasir Mas

Semasa 10 jam yang lalu

Cadangan Setiap Pemimpin Jaga Satu Kampung Dibentang Ke Kabinet - PM

oleh Wartawan Getaran

Sukan 14 jam yang lalu

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101