web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perak Tuan Rumah Hari Anggota Bomba Sedunia 2024

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2024 1:07PM

Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Perak dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 peringkat kebangsaan berlangsung pada 4 Mei ini.

Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming, berkata sambutan itu yang diadakan di taman tema terkemuka Lost World of Tambun dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pelbagai program dan aktiviti dianjurkan sepanjang sambutan berkenaan antaranya pertunjukan bom air dan helikopter serta kemunculan 'Abang Bomba' bertubuh 'sado' yang bakal mencuri tumpuan pengunjung hadir. 

"KPKT juga berjaya mendapat dana daripada kerajaan berjumlah RM267 juta bagi perolehan aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan peruntukan itu termasuk pembelian 150 unit Compact Fire Rescue Tender (CFRT) yang canggih bernilai RM147 juta.

"Peruntukan ini adalah tertinggi dalam sejarah untuk perolehan pasukan JBPM sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada Wira Merah negara," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama pengamal media anjuran lbu Pejabat DAP Perak di sebuah restoran di sini malam tadi.

Nga berkata, Perdana Menteri juga dijangka merasmikan Taman Rekreasi MADANI pertama, yang telah siap-sepenuhnya di Taman Woodlands, Bandar Baru Tambun pada hari sama. 

"KPKT akan memperuntukkan RM50 juta untuk membina taman rekreasi awam di seluruh negara dan sejumlah 22 taman rekreasi awam dibina di Perak membabitkan peruntukan sebanyak RM11 juta," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 58 minit yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad