web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Simbah OKU Dengan Air Panas: Wanita Direman 4 Hari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2024 12:39PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang ditahan kerana disyaki menyimbah seorang lelaki sindrom down dengan air panas di Balik Pulau, semalam, dikenakan perintah reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Memetik laporan Bharian,  perintah reman itu ke atas wanita berusia 39 tahun itu dikeluarkan Majistret Chia Huey Ting di Mahkamah Majistret Balik Pulau, bermula hari ini hingga Rabu dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU) melecur depan dan belakang badan akibat disimbah air panas oleh jirannya dalam kejadian pada jam 9.20 pagi semalam. 

Mangsa berusia 33 tahun kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita ditahan di bawah blok apartment terbabit malam tadi dan polis turut merampas beg tangan dan bekas air disyaki digunakan suspek dalam kejadian itu. 

Video insiden di dalam lif yang berdurasi 20 saat itu turut tular melalui media sosial dan warga siber mengecam tindakan wanita terbabit. - Getaran, 20 April 2024

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Rugi RM183,100 Diperdaya Sindiket Love Scam

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad