web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tingkat Kawalan, Penugasan Di Terminal 1 Dan 2 KLIA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2024 8:44PM

Anggota PGA turut dikerahkan untuk kawalan keselamatan di KLIA. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata kawalan keselamatan dan pemantauan pada masa ini membabitkan pegawai dan anggota lbu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam (JKDNKA).

Beliau berkata, bagi penugasan di Terminal 1 seramai 23pegawai dan anggota akan bertugas, manakala di Terminal 2sejumlah 14 pegawai dan anggota ditempatkan dengan penggiliran sebanyak tiga syif sehari.

Penugasan dilakukan secara 'prowler' atau rondaan akan dilaksanakan di lapan pintu masuk dan keluar di Balai Pelepasan serta Balai Ketibaan di Terminal 1 dan 2.

"Peningkatan kawalan keselamatan dan rondaan pemantauan ini ialah satu bentuk komitmen PDRM dalam menghadapi sebarang kemungkinan serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di pintu masuk utama ke Malaysia terjamin.

"Dua anggota IPD KLIA akan bertugas di setiap aras membabitkan aras ketibaan di tingkat 3 dan aras pelepasan di tingkat 5 Terminal 1 dan konsep penugasan bersesuaian dengan anggota beruniform lengkap bersenjata SMG HK MP5. 

"Anggota IPD KLIA akan berpasangan dengan anggota PGA yang memakai seragam penuh operasi lengkap berserta beret, body armour dan senjata utama serta senjata kedua," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, langkah ini adalah sebahagian daripada penambahbaikan   PDRM bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa menjadi keutamaan PDRM.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi pada Ahad lepas, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena pengawal peribadi kepada isterinya dalam kejadian di Balai Ketibaan Terminal 1, Ahad lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad