web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beras Yang Dibuang Di Temerloh Sudah Rosak – KPKM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2024 8:04PM

Sampel beras yang diperoleh dari lokasi yang didapati sudah rosak serta tidak selamat untuk dimakan. - gambar KPKM

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Siasatan awal yang dijalankan oleh Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Cawangan Temerloh terhadap beras yang ditemui dibuang di satu lokasi di daerah itu, mendapati ia sudah rosak dan tidak selamat untuk dimakan.

Kementerian itu dalam satu kenyataan media hari ini, bagaimanpun memaklumkan perkara itu, yang sebelum ini tular di media sosial, masih lagi dalam siasatan.

Ia susulan penemuan berates-ratus kampit beras dan bahan keperluan lain di satu lokasi di Temerloh, Pahang, yang kemudian ditularkan melalui media sosial.

“Untuk makluman, KPKM memandang serius akan isu tular yang berlaku dan telah mengambil langkah segera dengan menjalankan siasatan melalui KPB Cawangan Temerloh ke lapangan.

Anggota KPB bersama sekampit beras yang diambil dari lokasi pelupusan di Temerloh. - gambar KPKM
Anggota KPB bersama sekampit beras yang diambil dari lokasi pelupusan di Temerloh. - gambar KPKM
Anggota KPB dan SWCorp di lokasi tapak pelupusan beras di Temerloh. - gambar KPKM
Anggota KPB dan SWCorp di lokasi tapak pelupusan beras di Temerloh. - gambar KPKM

“Turut hadir ke lokasi adalah pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

“Berdasarkan penemuan awal, pihak KPB Cawangan Temerloh mendapati bahawa beras-beras tersebut telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, lokasi kejadian adalah di tempat pembuangan sampah berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur - Gunung Senyum, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. 

Sehubungan itu, KPKM menasihatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai isu itu berikutan ia masih dalam siasatan memgikut Akta Kawalan Padi dan Beras, 1994 [Akta 522].

Pada masa sama, KPKM memaklumkan kepada semua pihak bahawa pelupusan beras perlu dirujuk kepada KPB KPKM.

Kenyataan itu menyebut, orang awam yang memerlukan maklumat lanjut atau mahu mengemukakan aduan berhubung isu berkenaan boleh berbuat demikian melalui KPB di KPKM di portal aduannya

https://skpb.kpkm.gov.my/adu; melalui emel rasmi, [email protected]; atau membuat panggilan ke talian di ibu pejabat KPB di Putrajaya di 03-88701751/1748/1183.

Getaran sebelum ini melaporkan, bekas ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata, pelupusan beras dan barang dapur di tempat pembuangan sampah berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur Gunung Senyum, Temerloh Pahang adalah stok simpanan lama yang sudah rosak.

Katanya, beras dan barangan dapur itu adalah stok simpanan yang disediakan bagi memenuhi permintaan orang ramai ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Kuala Krau.

Ismail yang menyandang jawatan itu selama empat penggal tewas kepada calon Perikatan Nasional, Kamal Ashaari dengan majoriti 1,024 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu.

Terdahulu, tular video yang memaparkan beras, tepung dan beberapa lagi barang keperluan asas dibakar di tapak pelupusan sampah terbabit.

Susulan itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam hantaran di X berkata, beliau sudah mengarahkan pihak  Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Temerloh, Pahang menjalankan siasatan segera berhubung insiden terbabit.

Dalam pada itu, tinjauan orang ramai di tapak pelupusan sampah berkenaan yang dikongsi di media sosial menunjukkan ia sudah dibersihkan dan dipercayai operasi pembersihan dilakukan pada waktu malam. - Getaran, 19 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad