web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2024 6:07PM

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sepuluh individu yang disyaki mempunyai kaitan dalam kes berkaitan lelaki Israel yang didakwa memiliki senjata api, ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata 10 individu termasuk tiga warga asing ditahan semula selepas tempoh reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 7Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 mereka tamat, pada hari Selasa dan semalam. 

"Tiga daripada mereka telah dituduh iaitu warga Israel (Avitan Shalom) dituduh di Mahkamah Jalan Duta baru-baru ini manakala pasangan suami isteri pula dituduh di Mahkamah Sesyen Klang," katanya pada sidang media di lbu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini hari ini.

Jumaat lepas lelaki warga Israel yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan memiliki enam senjata api dan 158 butir peluru di sebuah hotel di ibu negara bulan lepas.

Pada 8 April lepas pula satu pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang terhadap pertuduhan yang berkaitan dengan pemilikan senjata api berkenaan. 

Terdahulu, Rusdi menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Cheras melibatkan pelantikan Ketua Polis Daerah Cheras baharu ACP Ravinder Singh Sarban Singh menggantikan ACP Zam Halim Jamaluddin yang akan bertukar ke Maktab Teknik PDRM Bakri Muar Johor. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar