web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2024 5:42PM

Gambar yang dikongsikan Perdana Menteri dalam akaun media sosialnya. - gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Musa Hitam adalah seorang pemimpin yang mempunyai prinsip yang teguh serta berintegriti, sepanjang pembabitannya dalam politik dan pentadbiran negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Musa, yang menjadi Timbalan Perdana Menteri kelima, juga antara pemimpin yang gigih menyemai dan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Anwar turut meraikan Musa serta isterinya, Toh Puan Zulaikha Sheardin, dalam satu majlis di Johor Bahru, hari ini.

“Menyambut dan meraikan tokoh dan juga negarawan Tun Musa Hitam bersama isteri hari ini di Johor Bharu.

“Tun Musa menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-90 hari ini. Alhamdulillah, orangnya masih bertokoh dan segak,” katanya dalam satu hantaran melalui akaun media sosialnya.

Perdana Menteri turut berkongsi beberapa keping gambar termasuk ketika Musa memotong kek yang disediakan pada Jamuan Makan Tengah Hari bersama YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di Forest City Golf Resort.

Anwar turut mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Musa dalam hantaran berkenaan.

“Semoga Tun terus sihat dan terus memainkan peranan menyemarak perpaduan di kalangan rakyat,” katanya.

Musa yang dilahirkan pada 18 April 1934 di Johor Bahru menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, antara 1981 hingga 1987 sebelum diganti oleh Tun Ghafar Baba. – Getaran, 18 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad