web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Lelaki Ditahan Disyaki Terbabit Samun Penuntut IPT

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2024 8:17PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat kejadian samun di kediaman penuntut sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di Pagoh, dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita menyatakan dia dan tiga rakan disamun oleh dua individu tidak dikenali pada jam 3 pagi semalam.

"Mangsa menyatakan tidak mampu melawan kerana suspek yang masuk ke dalam bilik mangsa telah mengacukan senjata tajam dipercayai pisau.

"Suspek kemudian melarikan diri setelah mengambil barang berharga milik mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kira-kira jam 9 pagi semalam, polis telah berjaya menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kejadian itu di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Pagoh.

"Susulan penahanan itu, polis turut berjaya menahan dua lagi lelaki pada 11.40 malam di Kulai, disyaki turut terlibat dalam kes sama," katanya menambah siasatan mendapati seorang daripada suspek turut menyewakan kenderaannya kepada dua yang lain.

Menurut Raiz Mukhliz, polis merampas sejumlah barangan daripada kesemua lelaki itu antaranya seutas rantai emas, 17 telefon bimbit pelbagai jenama, tiga kereta pelbagai jenis, 24 pod vape, tiga komputer riba, dua tablet, sebilah pisau serta sepeket plastik lut sinar berisi serbuk kristal disyaki syabu dianggar seberat 3.15 gram.

Beliau berkata, ketiga-tiga lelaki berusia 20 hingga 22 tahun itu didapati positif terhadap dadah, selain dua daripadanya memiliki rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kesemuanya sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad