web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Slip Keputusan SPM 2020 Diberikan Selepas Keadaan Selamat

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 8:17AM

Semua sekolah akan memuat turun dan mencetak slip keputusan SPM pelajar mereka sebelum 10 pagi, 10 Jun ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 hanya akan diserahkan kepada pelajar selepas keadaan mengizinkan, kata Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali.

Menurutnya semua sekolah akan memuat turun dan mencetak slip keputusan SPM 2020 pelajar mereka sebelum jam 10 pagi 10 Jun depan menerusi Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT).

“Tidak seperti sebelum ini, pelajar biasanya mengambil slip itu di sekolah dengan ditemani ibu bapa masing-masing dan bergambar sambil memegang slip.

“Bagaimanapun sekatan pergerakan penuh kali ini tidak memungkinkan ia dapat dilakukan,” katanya ketika menjadi tetamu dalam edisi khas Didik TV yang disiarkan secara langsung malam ini. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) petang semalam, pelajar boleh mendapatkan keputusan penuh disemak melalui kaedah dalam talian dan pekhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS).

Bagaimanapun, katanya bagi pelajar yang tidak mempunyai capaian internet dan peranti, keputusan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah.

“Bagi sekolah dan calon persendirian  yang tidak mempunyai capaian internet yang baik, Pejabat Pendidikan Daerah akan memuat turun keputusan SPM 2020 sekolah berkenaan atau membantu calon persendirian mendapatkan keputusan peperiksaan,” katanya.

Beliau berkata, untuk guru yang tidak boleh ke sekolah kerana sekatan pergerakan penuh, mereka juga boleh memuat turun keputusan SPM pelajar di mana-mana tempat mereka berada dan memaklumkan keputusan dengan menghubungi pelajar masing-masing. 

Kata Pkharuddin, Lembaga Peperiksaan sudah melakukan dua sesi latihan memuat turun menggunakan keputusan SPM 2019 oleh pihak sekolah dengan yang terakhir dilakukan pada hari ini. 

Sementara itu, pelajar yang ingin membuat rayuan  bagi keputusan SPM 2020, tidak perlu lagi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah kerana permohonan, pembayaran dan keputusan rayuan akan dilakukan dalam talian.

Pkharuddin berkata, SPM 2020 yang berlangsung dalam norma baharu pada Februari lepas melibatkan 401,105 calon dan 48,015 petugas, peningkatan 30 peratus petugas berbanding era sebelum pandemik COVID-19.

Terdahulu Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan keputusan SPM 2020 akan diumumkan pada 10 Jun. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad