web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rumah Bekas Pemandu Isteri PM Rosak Ditimpa Pokok Sawit

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2024 8:24AM

Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (kiri) berbual bersama Baderol Hisam Mohd Yusoh ketika melawat rumahnya semalam - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT GANTANG - Sebuah keluarga terpaksa menyambut Aidilfitri dalam keadaan serba kekurangan selepas rumah mereka di Kampung Sungai Lubok, Trong dekat sini dihempap pokok kelapa sawit dua hari sebelum Syawal.

Baderol Hisam Mohd Yusoh, 51, berkata sebatang pokok kelapa sawit setinggi 13 meter tiba-tiba tumbang menyebabkan bahagian dapur kediamannya rosak dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari pada 8 April lepas.

"Ketika kejadian cuaca cerah dan saya sedang tidur. Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat, saya bangun dan terus ke belakang rumah dan dapati pokok kelapa sawit menghempap dapur rumah," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun Baderol Hisam yang merupakan bekas pemandu kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri bersyukur kerana ahli keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang meninjau keadaan rumah tersebut menyumbangkan bantuan RM10,000 bagi tujuan baik pulih kediaman berkenaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad