web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isteri Pengawal Peribadi Tak Sangka Suami Ditembak Pada Bulan Syawal  

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2024 1:19PM

Keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - "Terkejut dan tidak sangka perkara begini berlaku pada bulan Syawal," demikian luah isteri kepada pengawal peribadi yang parah ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi tadi.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Siti Noraida, 28, itu berkata sejurus selepas menerima maklumat berkenaan kejadian sekitar pukul 2 pagi itu, beliau terus bergegas ke Hospital Cyberjaya untuk melihat suaminya yang sedang menerima rawatan.

"Pihak hospital memaklumkan keadaan suami saya ketika ini kritikal dan perlu ditidurkan.

“Saya juga diberitahu ada pendarahan teruk dan waktu tiba di hospital dia sesak nafas, tapi tiada organ penting yang kena (tembakan)," katanya kepada Bernama. 

Suri rumah sepenuh masa itu berkata, suaminya ditugaskan sebagai pengawal peribadi secara sambilan sebelum Ramadan lepas.

Terdahulu Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 awal pagi tadi melibatkan seorang suspek lelaki yang telah dikenal pasti identitinya dan dipercayai telah melarikan diri ke Utara.

Beliau berkata, kejadian adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar