web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Punca Kebakaran Pusat Kualiti Alam Akibat Tindak Balas Bahan Kimia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2024 9:57PM

Kepulan asap tebal daripada kebakaran di Pusat Pengurusan Sisa Kualiti Alam, semalam. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Kebakaran yang berlaku di Pusat Pengurusan Sisa Kualiti Alam berpunca daripada tindak balas bahan kimia di logistik (shed A) simpanan sisa bahan kimia berjadual di Cenviro Sdn Bhd Ladang Tanah Merah, A3 Division, Bukit Pelanduk, Port Dickson. 

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan, berkata kebakaran berlaku petang semalam membabitkan kawasan seluas 100 x 100 kaki persegi dan kerugian pihak syarikat dianggarkan sebanyak RM8 juta.

"Saya dimaklumkan kejadian berlaku di kawasan pengumpulan bahan sisa berjadual dan kebakaran tercetus hasil tindak balas kira-kira 160 kilogram bahan kimia klorida yang ada di situ.

"Sekarang ini pihak terlibat sedang memantau keadaan air, udara dan orang awam tidak perlu bimbang semuanya dalam keadaan baik dan terkawal," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran itu kejadian ketiga berlaku di pusat berkenaan selepas kali pertama dilaporkan pada 2015 dan kali kedua pada 2019.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Cenviro, Dr Johari Jalil, berkata 86 pekerja di kilang berkenaan berada dalam keadaan selamat. 

Beliau berkata, kebakaran itu bermula di kawasan simpanan terpencil dan dapat dikawal oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan serta pasukan Kebakaran dan Hazmat Kualiti Alam sekitar 8.20 malam semalam.

"la hanya menjejaskan sebahagian kapasiti pergudangan dan tidak memberi kesan kepada operasi harian fasiliti Pusat Pengurusan Sisa (WMC) kami.

"Sebaik sahaja kebakaran dikesan, prosedur tindak balas kecemasan segera dilaksanakan oleh Pasukan Tindak Balas Kecemasan Kualiti Alam manakala 66 orang personel dari empat stesen JBPM negeri turut berada di tapak berkenaan," katanya.

Johari berkata, Pasukan Kesihatan, Keselamatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSSE) kilang itu terus memantau kualiti udara dan bacaan gas di tapak serta kawasan sekitar.

Semalam, dilaporkan kilang Cenviro Sdn Bhd berkeluasan 100 x 100 kaki persegi di Ladang Tanah Merah A3 Division, Bukit Pelanduk, Port Dickson musnah dalam kebakaran. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 21 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad