web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wang Ihsan Ringankan Beban Kerajaan Kelantan Bayar Emolumen - Menteri Besar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2024 8:14PM

Menteri Besar, Datuk Nassuruddin Daud. gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Kelantan akan memanfaatkan wang ihsan yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu untuk membayar emolumen sektor awam negeri seperti yang dinyatakan oleh Kementerian Kewangan.

Menteri Besar, Datuk Nassuruddin Daud berkata, sekalipun kerajaan negeri ada peruntukan untuk tujuan itu, pemberian wang ihsan tersebut membantu meringankan beban yang ditanggung.

"Saya ucap terima kasih kepada Perdana Menteri (kerana) sentiasa bantu Kelantan, bukan sahaja (dari segi pemberian) wang ihsan tetapi dalam perkara lain juga," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kelantan, di Maahad Tahfiz Kampung Meranti, di sini hari ini.

"Hubungan kita (kerajaan negeri) dan persekutuan baik sejak dari dulu lagi. Semua perkara boleh bincang dan Perdana Menteri beri jaminan bahawa beliau turut beri perhatian kepada Kelantan," tambah beliau.

Minggu lalu, kerajaan persekutuan menyalurkan wang ihsan berjumlah RM172.3 juta kepada kerajaan Terengganu dan RM58.6 juta kepada Kelantan bagi membiayai komitmen emolumen kerajaan negeri masing-masing. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad